in

Tolak Lamaran 5 Duda, Nenek 65 Tahun Pilih Remaja 20 Tahun Jadi Suami

Nenek Kahwin Teruna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cinta tidak mengenal usia. Itulah ungkapan yang sesuai untuk pasangan pengantin baru ini yang telah sah menjadi suami isteri pada 24 Oktober lalu.

Muhammad Idris, 20, telah memperisterikan Inade, seorang warga emas berusia 65 tahun dan diraikan dalam satu majlis besar-besaran yang diadakan di kediaman pengantin perempuan dekat Sidrap, Sulawesi Selatan.


Janda 4
sumber: mstar
Janda 2
sumber: liputan6

Menurut mStar, Inade yang berstatus janda itu juga tidak kisah dengan jurang usia 45 tahun antara mereka berdua. Malah, dia juga dikatakan pernah menolak lamaran 5 lelaki sebelum memilih Idris sebagai suaminya.

Inade dikhabarkan menerima pinangan Idris selepas mengenali remaja itu dalam tempoh lebih kurang sebulan. Inade dikenali di kawasan itu kerana memiliki kebun cengkih yang sangat luas dan Idris pula bekerja sebagai pemetik cengkih di kebun milik isterinya itu dekat Suli, Kabupaten Luwu.

Janda 5

Janda 3
sumber: rakyatku

Sejak itu, mereka mula kenal dan rapat sebelum buat keputusan untuk ke peringkat seterusnya. Idris kemudian membawa keluarga ke Sidrap untuk melamar kekasih hatinya itu selepas sebulan mengenali hati budi masing-masing.

Kami memang saling mencintai. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh.”

Inade hidup berseorangan selepas suaminya meninggal dunia pada Februari 2015 dan sejak bergelar janda, sudah 5 orang lelaki masuk meminang dan ingin menikahinya.

Sebelum ini ada lima orang nak melamar, tetapi saya menolak.”

Janda 6

Janda 7

Janda 8
sumber: rakyatku

Menurut Inade, dia menolak kerana kesemua lelaki itu berstatus duda dan akui ada firasat yang Idris bakal melamarnya.

Saya memang ada firasat sebelum ini. Malah, saya pernah tolak lamaran 5 duda disebabkan ada firasat bakal dinikahi Idris.”

Idris juga ketika ditanya wartawan tempatan akui sedang bahagia dengan isteri tercinta meskipun ramai yang meragui dan beranggapan dia mengahwini janda itu kerana harta.

Saya bahagia dengan penikahan ini.”

Baca: Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri

Marry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.