Berita baik mereka yang tertanya-tanya bila tol nak dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan! Mulai 12.01 tengah malam semalam, tiada lagi bayaran tol dikenakan di Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi, lapor Astro AWANI.
Penamatan tol di bawah seliaan PLUS ni dah sahkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir. Ismail Md Salleh semalam. Kata Ismail, dengan penamatan konsesi ini, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan antara 1 hingga 50% (RM0.40 hingga RM1.70) bergantung kepada jarak perjalanan dan jenis kenderaan yang mana menjadikan ia lebih murah.
Waa bestlah siapa balik raya ke Seremban nanti!
“Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.
“Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” kata Ismail.
Walau bagaimanapun, LLM menasihatkan pengguna untuk rujuk kadar tol yang baru di laman PLUS atau menerusi aplikasi PLUS Mobile App.
Pengguna jalan raya jugak dinasihatkan untuk patuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa di plaza tol untuk elak kesesakan dan perjalanan lancar ke destinasi.
Woohooo jom balik kampung!