Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini mendedahkan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi) merupakan pembayar zakat paling tinggi berbanding penyanyi-penyanyi lain di Malaysia.
Jelasnya dalam Program BizJihad anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, TokTi dikatakan tidak pernah terlepas bayaran zakat itu sejak tahun 2019 lagi.
Artikel Berkaitan : “Pendapatan saya dah cukup” – Lembaga Zakat Selangor Dikejutkan Dengan Kejujuran Bekas Asnaf
Artikel Berkaitan : Curi Wang Zakat Bernilai RM22k, 4 Lelaki Indonesia Ditahan Polis
“Siti Nurhaliza pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi” – Lembaga Zakat Selangor
“Tidak pernah miss bayar since 2019 walaupun ada bantuan/ yayasan sendiri” *before this byr dkt pahang* pic.twitter.com/5SVxwstHRh
— L ❤️🔥 WY (@CityLita) November 15, 2023
“Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih spesifik, kalangan penyanyi saya boleh katakan Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor.”
“Dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya.”
Tambah Mohd Sabirin, beliau berharap agar ramai rakan artis dapat mengikut jejak langkah Tok Ti untuk membayar zakat.
Sumber : X