in

Tok Imam Pukul Isteri Sebab Pajak Pokok Rambutan Kepada Orang Kampung.

FEAT 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam hal lah sekarang ni, setiap hari pasti je kita dengar kes jenayah yang berlaku.

Semalam, korang ada baca tak pasal seorang imam di Nilai, Negeri Sembilan yang pukul isterinya sebab marah kepada wanita itu yang dikatakan telah memajakkan pokok rambutan mereka kepada penduduk kampung.


Menurut Kosmo, kejadian tu actually berlaku pada 24 Januari lalu di Kampung Bukit Kadir, Nilai , yang mana warga emas yang merupakan seorang imam itu ditahan polis lepas ada dakwaan dia pukul isteri dia dan melepaskan tembakan ke udara..amboi, takkan la tok imam sanggup buat macam tu?

**Semalam, warga emas ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas dakwaan tersebut.

https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/346668209268601/?v=346668209268601

Imam berdepan 3 pertuduhan yang boleh dihukum penjara hingga 28 tahun jika sabit kesalahan

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sulaiman Abdul Rahman, 63 tahun yang juga bekas anggota polis berpangkat Sarjan menghadapi 3 pertuduhan bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan iaitu mencuri, memiliki senjata api dan memiliki peluru tanpa kebenaran.

Pertuduhan Pertama

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu memiliki satu pucuk pistol Revolver .38 SPL 3″ Smith & Wesson tanpa kebenaran yang sah.

So, kalau didapati salah, mahkamah memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan Kedua

Dia didakwa memiliki tujuh butir peluru Winchester .38 Special, satu butir peluru .38 SPL dan satu butir peluru .38 SME tanpa kebenaran sah pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

So, untuk kesalahan ini kalau dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Pertuduhan Ketiga

Last but not least, Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri pistol dan 30 peluru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kaunter stor Cawangan Persenjataan Balai Polis Kuala Pilah pada 27 Disember 2007.

Yang mana, kalau benar-benar dia salah, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

image 2

**Setelah sesi pendakwaan dijalankan, Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan untuk tidak menawarkan jaminan kepada Sulaiman kerana membabitkan kes serius dan menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula.

Kalau korang nak tau, lepas je kejadian tersebut dan laporan polis dibuat, polis pun cari lah bahan bukti and pada 28 Januari, polis jumpa pistol jenis Revolver yang digunakan lelaki itu ditanam di sebuah kawasan di Kampung Sungai Pinang.

Baca : Christine Rohani: Wanita Perancis Merantau Ke Terengganu Untuk Belajar Buat Kapal Layar, Tapi Akhirnya Berkahwin Dengan Anak Imam

ANAK IMAM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.