Kalau korang sejenis yang rajin scroll TikTok, mesti korang familiar dengan TikToker bernama Rusydi Rosli yang mana dia sering berkunjung ke mana-mana surau di sekitar Malaysia dan buat review mengenai surau tersebut.
Terbaru, Rusydi ada memuat naik review terbaru apabila dia berkunjung ke Central Market atau Pasar Seni di Kuala Lumpur.
Menerusi video itu, Rusydi memaparkan keadaan Pasar Seni yang sudah dinaik taraf kemudahannya sehinggakan bahagian tandas pun kelihatan sangat cantik dan selesa. Berseni betul tandas dia!
Artikel berkaitan: “Tabik pengurusan surau” – Netizen Kagum Tengok Mekyun Sekeluarga Dapat Sambut Raya Di Surau
Artikel berkaitan: Tak Senonoh! Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur Buang Air Besar Dekat Tempat Wuduk Surau Awam
“Wow surau dia!”
Walau bagaimanapun, situasi dilihat sangat berbeza apabila dipaparkan bahagian surau Pasar Seni ini yang kelihatan agak daif.
Rusydi juga berkata, jalan ke arah surau tersebut kelihatan ‘scary’ sedikit kerana terletak di tempat yang terpencil.
Dalam video itu juga, dapat dilihat kemudahan surau seperti pili air untuk mengambil wuduk yang sudah rosak dan keadaan dalaman surau yang tidak dilengkapi pendingin hawa.
@rusydi.official Wow surau dia! #reviewsurau #suraucentralmarket
Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa sedih dengan keadaan surau itu dan ada yang mengatakan rekaan surau itu tidak berubah sejak 10 tahun lepas. Tak cukup dengan itu, ramai yang mengatakan tandas di Pasar Seni lebih cantik dari surau.
Jadi korang rasa macam mana? Patut kena upgrade lah kan surau di Central Market ni. Kalau tandas pun dah upgrade… surau pun kenalah kan?
Sumber: TikTok