in

Tinjauan: Ismail Sabri Pilihan Popular Pengundi Sebagai PM Untuk PRU15?

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Institut Kajian Ilham Centre, ada kemungkinan Datuk Seri Ismail Sabri dapat mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana, berdasarkan tinjauan yang dijalankan bermula 1 Ogos sehingga 30 September sebelum parlimen dibubarkan, Ismail Sabri merupakan pilihan pertama pengundi dengan mendapat peratusan sebanyak 19%.


Majoriti responden yang menyertai tinjauan ini mengatakan bahawa pemulihan ekonomi merupakan isu paling penting dan harus menjadi keutamaan.

Di mana ketika pentadbiran Ismail Sabri, Malaysia telah menarik balik kebanyakan sekatan dan membuka semula sempadan sekaligus menaikkan semula ekonomi dengan pantas dalam tempoh dari April sehingga Jun, lapor Bloomberg.

Dalam tinjauan ini juga, dapat dilihat Najib Razak kekal popular sebagai calon PM pilihan yang memegang tempat ketiga dengan peratusan seri 11% bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun. Manakala Muhyiddin Yassin memegang tempat kedua dengan peratusan sebanyak 13%.

Popularity Survey 31102022 Bloomberg

Anwar pilihan utama pengundi Cina

Pun begitu, Berdasarkan kaji selidik Pusat Kajian Cina Malaysia (Huayan), Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim merupakan pilihan utama pengundi Cina di Malaysia dengan memiliki peratusan sebanyak 20.01% diikuti oleh Khairy 18.56 %, Nurul Izzah 18.52% dan Rafizi 13.89%, lapor Sinar Harian.

https://www.instagram.com/p/CkZtJzEhhsN/

Calon mana pilihan korang?

 

Baca: PRU15: INGAT! Bagi Pengundi Makan, Minum Pun Dianggap Rasuah

Ft Rasuah Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.