in

Tingkap Rumah Pengasuh Tidak Berjeriji, Budak 7 Tahun Ma*t Terjatuh Dari Tingkat 29 Kondominium

kanak kanak 7 tahun maut terjatuh kondominium pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Selangor, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa ketika kejadian berada di rumah pengasuh sebelum dia dipercayai memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh ke lantai tingkat lima.


Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden pada pukul 12.30 tengah hari.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak 2 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Apartment

Artikel berkaitan: Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 11 Bangunan Kondo, Penyanyi Tamil Tempatan Dan Ibu Ditemui Maut

Katanya, anggota polis yang sedang melakukan rondaan tiba di lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang di lantai tingkat lima bangunan berkenaan.

WhatsApp Image 2024 12 01 at 10.24.15 AM

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh mangsa.

“Ketika kejadian ibu mangsa menjaga seorang lagi anaknya yang sedang dikuarantinkan manakala bapa mangsa bekerja,” katanya.

Menurut sumber lain, terdapat kerusi di tepi tingkap dan mangsa disyaki terjatuh semasa berdiri dan melihat ke arah luar.

Pihak polis menyatakan setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti dan kes di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan, pihak polis telah merakam keterangan individu yang merupakan pengasuh mangsa untuk membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.