in

“Tinggi ilmu, adab tiada” – Netizen Serang IG IPTA, Mahu Pensyarah Hina Pelajar Mohon Maaf

Ig Ipta Diserang

Awal pagi ini, kecoh diperkatakan mengenai sebuah video yang tular berkenaan seorang pensyarah yang didakwa telah menghina dan memarahi pelajarnya kerana menggunakan telefon pintar untuk menduduki kelas online.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pensyarah berkenaan dan bersimpati dengan nasib pelajar tersebut yang kemungkinan besar tidak berkemampuan untuk membeli laptop.

 

“Mana lecturer tu? Kami nak statement” 

Susulan isu tersebut, kemarahan netizen yang tidak dapat dibendung telah membuatkan segelintir dari mereka meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di Instagram IPTA yang terlibat.

Sejak dari malam semalam, Instagram rasmi IPTA itu telah diserang netizen yang meminta pihak IPTA dan pensyarah berkenaan mengeluarkan permohonan maaf atau kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut.

Komen Pasal Prof 1

 

“Apapun dia tak patut cakap macam tu” 

Selain daripada cemuhan, ada juga di kalangan netizen memberi teguran ‘makan dalam’ dan berharap pensyarah berkenaan sedar akan kesalahan yang dilakukannya.

Komen Prof 2

Pihak IPTA walau bagaimanapun katanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini tidak lama lagi.

Harap para netizen bersabar dan jangan komen berlebihan sebab kita sendiri pun belum tahu isu penuh berkaitan hal ini. 

Baca: “Apa salah B40?” – Bengang Pelajar Tiada Komputer, Kenyataan Pensyarah Ini Buat Ramai ‘Panas’

Fi Ipta

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter