in

“Tinggalkanlah ‘trend’ merugikan”- Muat Naik Video Berebut Cium Hajar Aswad, Dr Zulkifli Tegur Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad Cium Hajar Aswad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad telah memuat naik video memaparkan pengalaman sanggup berhimpit dan berasak-asak dengan orang ramai untuk mencium Hajar Aswad bersama pasukannya semasa mengerjakan umrah.

Dalam video berkenaan, kain ihram yang dipakai Hafiz dilihat tertanggal sehingga menampakkan sebahagian daripada badan dan dia juga dilihat bertekak dengan beberapa jemaah lain ketika menuju ke hajar aswad.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut Hafiz, dia ingin merealisasikan keinginan isteri dan ‘team’ yang ingin mendekati hajar aswad.

Team saya teringin sangat nak cium batu hajar aswad. Mereka dapat cium ke? Tengok jap lagi. InsyaAllah dengan izin-Nya. 

“Batu hajar aswad berjuta datang sini nak ciumnya tapi cabaran dia tak mudah. Dari dulu kalau saya datang ke umrah, saya akan cium batu hajar aswad. Sebab saya selalu relate dengan kehidupan, ibarat semua orang menuju ke satu tempat untuk berjaya. 

“Tapi ada orang guna cara baik dan ada orang menuju dengan cara tak baik,” katanya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Wanita Terjerit-jerit Lepas Tengok Hafiz Mahamad Tayang ‘Body’

Artikel berkaitan: “Dulu memang muka saya teruk’ – Kena ‘Face Shaming’, Hafiz Mahamad Tak Melatah

“Sunat je cium Hajar Aswad”

Tindakan Hafiz walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak selesa dengan tindakan influencer berkenaan meletakkan kumpulannya dalam bahaya serta membuat ‘content’ di hadapan Kaabah.

Hajar Aswad

Dr Zulkifli Al-Bakri tegur Hafiz Mahamad 

Tindakan Hafiz tersebut walau bagaimanapun telah menerima teguran daripada Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Dr Zulkifli, meskipun tawaf dan mencium hajar aswad adalah ibadah namun mencium hajar aswad adalah sunat.

Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. 

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” katanya.

Tambah Dr Zulkifli lagi, agak janggal juga bila ibadah yang suci itu dirosakkan dengan telefon pintar yang digunakan untuk merakam video dan gambar yang bukan pada masanya.

Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu,” katanya lagi.

Diharapkan pihak Hafiz dapat mengambil pengajaran daripada teguran yang diberikan. Semoga mendapat umrah yang mabrur. 

Sumber: Twitter, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.