Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Pada 24 April lalu, seorang gadis berusia 22 tahun hilang di Taman Sentosa, Klang, keluarganya membuat laporan polis serta menggunakan media sosial bagi mencari gadis berkenaan.
Difahamkan, kali terakhir gadis yang dikenali sebagai Ang Hui Enn itu dilihat dengan kereta Myvi putih miliknya.
salam sejahtera kepada semua kawan muslim yg menyambut Hari Raya
Adik ni ialah kawan i pny anak, rumah tinggal kat (klang, tmn sentosa) dan mesej kata bahawa dia akan membunuh diri dengan membakar arang di dalam kereta pic.twitter.com/5mA92xYonH
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 25, 2023
Malangnya, polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana gadis berkenaan hilang kurang daripada 24 jam dan saudara-mara tidak dapat mengesannya di lokasi utama seperti Bandar Puteri, Aeon Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang.
Pun begitu, berita sedih menyelubungi media sosial apabila gadis berkenaan ditemui maut di sebuah tempat yang tersembunyi tidak jauh dari rumahnya.
Ia selepas keluarga gadis berkenaan memberitahu dia telah meninggalkan sebuah nota dalam telefon bimbitnya yang menyatakan dia ingin membunuh diri.
Pihak keluarga mangsa memberitahu kematian gadis tersebut dalam sebuah posting di Facebook dan berterima kasih kepada semua orang yang membantu secara langsung atau tidak serta meminta netizen tidak menghubungi keluarga mereka lagi.
“Ia bukan kerana dia (Ang) seorang yang jahat, tetapi kerana kami datang terlambat,” tulisnya.
Walaupun ada yang menganggap punca kematian Ang adalah disebabkan bunuh diri, namun polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Baca: “Sempat telefon suami” – Wanita Dalam Pantang Ditemui Maut Dengan Tikaman Di Leher