in

“Tinggal rumah mcm puaka” – [VIDEO] Jijik! Tuan Rumah Menyesal Terima Penyewa Pengotor & Biadap

ft penyewa pengotor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pemilik rumah bukan suatu perkara  yang senang untuk kita sewakan kepada orang lain kerana ada kemungkinan penyewa itu tidak berkelakuan baik dan membuat bermacam ragam.

Selalu kita mendengar rintihan dan luahan hati daripada tuan rumah yang terpaksa berdepan dengan penyewa yang kotor, lambat bayar sewa, sampaikan ada yang sanggup mengugut tuan rumah berkenaan.


Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, apabila seorang wanita berkongsikan keadaan rumahnya selepas penyewa diarahkan keluar daripada rumah tersebut.

@misiteratai

Kita ni tuan rumah Bila sewakan rumah memang kita harap la org jaga rumah kita elok2 Kita pk nak org selesa tu pasangkan awing siap mozek kat car porch dengan sewa sebulan rm400 sahaja…mana nak dapat zaman ni Bila rate bank naik baru la kita naikkn sewa pada rm450/sbln Tp sewa manjang tunggak..tapi dia claim bayar terlebih Bila mintak banyak alasan siap ugut kita plk lagi..x padan dengan jandanya Lepas tu tinggalkan rumah cam rumah puaka #penyewadarineraka #penyewapengotor #baukencing

♬ bunyi asal – misiteratai – Misi_Teratai

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat keadaan rumah yang sangat kotor, berbau hancing dan tunggang-langgang selepas ditinggalkan oleh penyewa itu.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, apabila tuan rumah membuka sebuah kabinet yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan barang di dalam rumah tersebut, dipenuhi dengan najis haiwan.

Menurut pemilik rumah dua tingkat di Kluang, Johor ini, dia sanggup memasang awning serta meletakkan kadar sewa bulanan serendah RM450 sebulan demi keselesaan penyewanya.

Pulang kunci dalam mailbox je?

Screenshot 2022 12 14 122535 1

 

Lebih menyakitkan hati, apabila penyewa itu didakwa sentiasa culas untuk membayar sewa rumah sebelum meninggalkan rumah itu buat selamanya.

Tuan rumah berasa amat kecewa dan sedih dengan keadaan rumah yang ditinggalkan dan turut berasa kesal apabila memaklumkan penyewa hanya meninggalkan kunci di dalam peti surat kerana enggan bersemuka.

Perabot yang disediakan di tingkat dua rumah tersebut turut rosak dan menjadi tempat penyimpanan tahi yang dipercayai tahi cicak.

“Sekali masuk bau kencing, bau taik bukan main kuat. Macam campur kencing tikus dan kucing,” katanya.

Apa kata netizen?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga sewaan yang diberikan oleh tuan rumah kepada penyewa yang dianggap tidak reti bersyukur ini.

Dalam masa yang sama ada juga netizen yang berpendapat agar rumah itu adalah lebih baik untuk dijadikan sebagai homestay sahaja.

Screenshot 2022 12 14 121746

Screenshot 2022 12 14 121919

Sumber : TikTok, mStar

Tuan rumah dah kira baik dah tu tapi penyewa dia pula bagi masalah.. harap tuan rumah bersabar ye..

Baca : Ramai Geram Tengok Iklan Bilik Sewa Sempit Macam Liang Lahad Dengan Harga RM350

f1 bss 758x399 1

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.