Menjadi kebiasaan kebanyakan pusat beli-belah akan membuat dekorasinya tersendiri lebih-lebih lagi apabila tibanya waktu perayaan yang besar ataupun acara-acara khas yang perlu dihias supaya kena dengan tema.
Pihak mall juga bertanggungjawab untuk sentiasa memastikan dekorasi tidak akan dirosakkan ataupun berlaku apa-apa gejala vandalisme agar perkara tersebut tidak mencacatkan sekalipun tema atau acara khas itu.
Namun, ia berbeza dengan apa yang berlaku di salah satu pusat beli-belah di Pulau Pinang.
Pengunjung usik hiasan lego
Baru-baru ini tular beberapa gambar di media sosial berkenaan situasi dimana sekumpulan pengunjung yang dilihat bertindak mengusik ataupun merosakkan hiasan lego di pusat beli-belah Sunway Carnival di Pulau Pinang.
Menurut mStar, gambar tersebut telah tersebar di laman Facebook iaitu sebuah hantaran yang telah dimuatnaik ke kumpulan Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’ pada hari ahad yang lalu.
Menurut gambar-gambar tersebut, kelihatan ramai pengunjung termasuklah dewasa dan kanak-kanak yang terlebih teruja bermain-main dengan hiasan logo itu sehingga menghilangkan rupa asal.
Pada asalnya, hiasan lego tersebut dibentuk untuk tulisan ‘Sunway Carnival’ di mana pihak shopping mall sedang menganjurkan membuat pertandingan tangkap gambar dan menang tetapi telah diusik oleh beberapa pengunjung.
Tambahan lagi, pemilik hantaran tersebut meluahkan rasa kasihan kepada staf yang menguruskan hiasan tersebut kerana terpaksa menyusun semula blog lego itu kembali pada asalnya.
Tanda amaran dah letak tapi tak dihiraukan
Walaupun sudah terang lagi bersuluh papan tanda amaran untuk tidak bersandar dan mengalihkan blok tersebut telah diletakkan, pengunjung seperti tidak kisah dan mengabaikan larangan tersebut.
Undang kecaman netizen, ada yang bagi cadangan
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan tersebut kerana ia boleh dikaitkan dengan gejala vandalisme yang telah mencacatkan bentuk asal hiasan lego tersebut.
Namun, ada yang menuduh pengunjung tersebut dalam kalangan golongan yang berpendapatan rendah atau B40 melalui pakaian mereka. Perkara ini ditentang kerana tidak semua individu B40 melakukan perkara sedemikian.
Malah, ada juga yang turut menyalahkan pihak pengurusan kerana tidak meletakkan tiang penghadang atau membuat poster larangan dalam bahasa kebangsaan.
Apa-apapun yang terjadi, kita boleh cuba ambil pengajaran daripada kisah ini semoga perkara macam ni tidak berlaku dekat batang hidung sendiri. Jom kita cuba jadi rakyat Malaysia yang patuh arahan!
Baca: “Banyak shopping, banyak pulangan” – Ini ‘Trick’ Untuk Lebih Jimat Semasa Beli Belah