Baru-baru ini, tular di TikTok video seorang pemandu Grab sedang membawa penumpang warga asing untuk pergi ke KLIA. Difahamkan, warga asing tersebut dalam perjalanan hendak pulang ke India.
@joeoh333 Otw ke Klia, abang india yg baru terima berita ayahnya pagi tadi menangis & kongsi dgn Pemandu Grab Cina pasal ketidakberdayaan hidup #fyp #foryourpage #ayahdgnanak #jauhdarikeluarga #balikkampung #lastvisit
Bapa meninggal dunia
Dalam perjalanan mereka ke KLIA, pemandu Grab yang bernama Joe perasan lelaki itu sedang menangis. Joe pun menegur warga asing tersebut sebelum dia berkongsi kisah sedih yang dilalui.
Lelaki itu berkata, bapanya telah meninggal dunia pada pagi itu dan dia juga dalam perjalanan pulang ke India.
Artikel berkaitan: Sanggup Redah Banjir, Abang Grab Bantu Bersihkan Longkang Tersumbat Untuk Surutkan Air
Artikel berkaitan: Pakai Nissan GT-R, Lelaki Dedah Bekerja Sebagai Pemandu Grab & Lalamove Buat Netizen Tergamam
Kongsi kesusahan hidup
Oleh kerana sudah bertahun-tahun tidak pulang ke India, lelaki tersebut berkata dia sangat merindui keluarganya. Dia juga pulang ke tanah air bagi menguruskan mendiang bapa dan hal keluarga.
I’m the only son. Kalau ada brothers, saya tak balik.
Dia berkongsi, bapanya sudah banyak menghabiskan wang sehingga terpaksa menjual beberapa tanah untuk membiayai kos rawatan dan perbelanjaan keluarga.
Kini, dia hanya mempunyai ibu dan seorang adik-beradik perempuan. Oleh itu, dia yang mencari rezeki di negara ini akan kembali semula ke Malaysia setelah selesai urusan keluarganya di India.
I settle down my mom first then I’m coming back to Malaysia.
Melihat lelaki tersebut masih menangis, Joe terus menenangkan lelaki itu dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Tindakan seorang pemandu Grab yang menenangkan warga asing tersebut telah membuatkan ramai netizen sebak. Ada yang menceritkan kisah sedih mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana urusan kerja.
Terima kasih abang Grab sebab jadi pendengar yang baik!
Sumber: TikTok