in

Tindakan Pegawai Imigresen Rapikan Rambut Budak Perempuan Untuk Ambil Gambar Buat Netizen Terharu

ft imigresen baik hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan mulia seorang pegawai imigresen di Johor baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai apabila dia dirakam sedang merapikan rambut seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai ia berkaitan dengan urusan pembikinan pasport.

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 1 juta jumlah tontonan di TikTok.


Artikel Berkaitan : Persoal Tindakan Pegawai Imigresen, Pasangan Singapura Dakwa Tak Dibenar Masuk Malaysia 6 Bulan

Artikel Berkaitan : Gara-gara Tak Bawa Pasport Lama, Wanita Kongsi Pengalaman Terpaksa Balik Semula Ke Malaysia Lepas Ditahan Imigresen Korea

@yanaardh

#fyp #ayah ya Allah semoga dipermudahkan urusan pegawai tu☺️

♬ suara asli – ??????? – ???????

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengatakan pegawai yang dikenali sebagai Razif ini bekerja di kaunter UTC Pasir Gudang, Johor. Ada netizen mengakui pernah berurusan dengannya dan mengatakan bahawa Razif ini seorang yang sangat ramah dan senang untuk berurusan dengannya.

Malah di mata warganet, dapat dilihat yang Razif ini bekerja dengan seikhlas hati, malah ada yang mengatakan bahawa Razif ini memang seorang yang baik hati dan jenis suka belanja orang makan.

Screenshot 2023 11 07 130330 Screenshot 2023 11 07 130402 Screenshot 2023 11 07 130431 Screenshot 2023 11 07 130458

Sikap baik hati dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan itu telah disanjung netizen dan ramai berharap ia menjadi contoh buat pegawai imigresen lain yang bertugas di kaunter.

Ramai betul yang mendoakan benda yang baik-baik buat Razif ni, semoga Razif murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.