in

Tindakan Ibu Seret Anak Autisme Terima Kecaman, Namun Ini Sebenarnya Berlaku…

Her

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit autisme kini sudah diketahui ramai. Rata-ratanya peka akan tingkah laku anak-anak istimewa ini dan pastinya akan dilayan baik oleh ibu bapa mereka mahupun orang awam. Berbeza pula situasinya yang berlaku di Liverpool, di mana seorang wanita telah mengheret anak istimewanya ketika berjalan di luar. Biar betul?

Menurut Malaysian Digest, sebuah video berjaya dirakam oleh orang awam, menunjukkan seorang wanita telah mengheret anaknya yang berusia 4 tahun menggunakan tali ketika berjalan di luar. Video tersebut tular di media sosial dan netizen telah menyifatkan bahawa tindakan wanita itu seperti seorang ibu yang tidak berperikemanusiaan.


Autisme E1509160782415
sumber: malaysian digest

Wanita itu ‘sentap’ dengan komen negatif dari netizen yang rata-ratanya mengecam perbuatannya itu, lalu menjelaskan keadaan sebenar.

“Anak saya ada sakit autisme. Dia yang ‘campak’ badan dia supaya diheret”

“Apa yang awak semua nampak di dalam video tersebut adalah hanya satu-satunya cara untuk gerakkan dia”

Wanita yang berumur 31 tahun itu menjelaskan bahawa situasi ini adalah normal baginya. Memang sudah menjadi kebiasaan, anaknya akan terbaring begitu sekiranya ingin berjalan.

Autisme 1
gambar hiasan

“Orang ramai patutnya tanya dulu, kenapa saya buat macam tu. Bukan main tuduh je”

“Hanya orang yang memang kenal saya je tahu macam mana saya melayan dia”

Tambahnya lagi, dia amat jarang sekali keluar rumah hanya kerana anak istimewanya itu.

“Masa tu saya berjalan dan tiba-tiba ternampak budak ni terjatuh ketika berjalan. Ibunya nampak yang dia terjatuh, tetapi tidak diendahkan,” Joe Cain, saksi.

“Sejujurnya, saya nampak budak tu okay je. Seolah-olah memang biasa dengan keadaan dia macam tu. Orang ramai yang buatkan keadaan tu nampak teruk,” tambahnya lagi.

Betul, jangan sesuka hati buat andaian sendiri. Cuma orang yang ada anak autisme je faham situasi ini..

Baca: “Ini namanya nak publisiti murahan.” – Wanita Dakwa Dibuli 4 Kereta Dikecam Netizen

Cats 9

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.