in

“Tindakan dia amat memualkan” – Diana Danielle Kesal Farid Kamil Enggan Bercerai

Syaz Ft 2024 12 16T120909.414

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan pertama permohonan kes perceraian mereka.

Bagaimanapun, Farid Kamil difahamkan enggan menceraikan isterinya itu dalam prosiding hari ini.


Artikel berkaitan: Diana Danielle Perjelas Sebab ‘Membisu’ Tinggalkan Mahkamah, Anggap Tiada Faedah Ulas Isu Cerai

Artikel berkaitan: Tiada Persefahaman & Syiqaq Berpanjangan Punca Diana Danielle Fail Perceraian – Peguam

Diana Danielle menerusi laporan Hlive menganggap tindakan suaminya itu amat memualkan dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Pelakon filem Gol dan Gincu 2 itu berkata perkahwinan mereka itu tidak boleh diselamatkan lagi dan dia sendiri telah memberi terlalu banyak peuang kepada suaminya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Bagi saya, tindakan dia amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak pada bumi nyata sebab dia berangan. Tak ada apa-apa yang nak kita selamatkan.

Bila dah rujuk selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan tapi dia gagal berbuat demikian.

Jadi, apa yang perlu saya buat sekarang? Terus berharap? Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan kemana-mana kerana saya bulat hati, saya nak perceraian ini berlaku,” katanya.

Diana juga berharap dan memohon agar suaminya itu melepaskannya dan tidak menzaliminya lagi.

Keengganan pelakon Farid Kamil menceraikan isterinyamembuatkan pasangan selebriti itu diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah, kes dibawa kepada tarikh 24 Mac tahun hadapan.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.