Ramai dah tahu parlimen kita telah dibubarkan pada hari Sabtu lepas. So kerajaan negeri pasti akan langsungkan Istiadat Pembubaran DUN, termasuklah DUN Selangor.
Apa yang jadi perhatian dalam Istiadat Pembubaran DUN Selangor kali ni adalah sikap profesional yang ditunjukkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menurut Sinar Harian, Azmin dah pulangkan semula kereta rasmi kat kerajaan negeri sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Wah, memang profesional!

Exco kerajaan negeri pun khabarnya dah pulangkan kenderaan rasmi yang digunakan. Pengumuman tentang hal ni diumumkan dalam status Facebook Azmin lebih kurang jam 1 tengahari. Dalam entri tu, Azmin ada muat naik gambar dia dan exco kat sebelah kenderaan masing-masing.
“Selesai Istiadat Pembubaran Dewan Negeri Selangor, saya dan Exco kerajaan negeri serah kenderaan rasmi kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.”

Lepas serahkan kenderaan rasmi tu, Azmin dikatakan ada guna servis Grabcar untuk balik rumah. Fuh, cayalah MB! Sebab tindakan tu, rakyat memuji-muji sikap Azmin yang profesional dan tidak hipokrit.
“Semua wajah berseri sebab niat yang murni dan integriti tinggi. Tiada rasuah, hipokrit dan main kotor. InsyaAllah Selangor tetap kekal di bawah kerajaan PH. Contoh terbaik dan tahniah,” kata seorang individu di ruangan komen gambar tu.
“Terbaiklah! Kurang apa lagi negeri Selangorku ini, Alhamdulillah cukup semua. Tak perlu kerajaan baru. Yang ni cukup best dah. I love Selangor.”

Kalau ikut undang-undang, menteri besar akan jadi menteri besar sementara lepas DUN dibubarkan sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif yang baru dilantik.
Tindakan macam ni memang patut dijadikan contoh! Pemimpin profesional macam ni lah kita nak!
Baca: “Saya berdoa siang malam untuk jumpa PM” – Azwan Ali Mengaku Ada Sejuta Idea Untuk Jatuhkan Azmin