Baru-baru ini tular mengenai seorang pempengaruh yang meminta mana-mana peniaga katering untuk menaja dirinya untuk sebuah majlis yang bakal dijalankan dan akan ‘dibayar’ dengan review.
Menurut pempengaruh itu, dia mendakwa mahu memberikan marketing secara percuma dan membantu peniaga yang tiada bajet untuk membuat pemasaran. Dalam pada itu, wanita tersebut juga ada menetapkan syarat.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Berjaya Harung Cabaran Tinggal Dalam Kenderaan Selama 24 Jam, Pempengaruh Menang Kereta Elektrik!
Artikel berkaitan : Kecoh Pendedahan Isu Rumah Amal Eksploitasi Kanak-kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB
“Yang mana ikhlas nak sponsor tu, pertama bersih, yang kedua sedap, walaupun menu biasa-biasa, boleh komen nanti saya pilih.”
“Untuk korang yang sponsor sebarang pencuci mulut, kek, saya akan bantu perniagaan korang untuk promote, saya akan update dekat semua platform saya dan saya takkan padam.”
Video yang tular itu telah mengundang pertikaian ramai netizen dengan melabelkan bahawa TikToker tersebut seolah-olah mahukan makanan percuma.
Ramai juga yang bagi cadangan supaya buat je food testing dan idea yang jauh lebih jimat dan bernas. Apa pendapat anda?
Sumber : X