Media sosial dan platform penstriman video ternama, TikTok mengumumkan mereka akan menggantung perkhidmatannya di Rusia.
Ia susulan tindak balas kepada undang-undang baru fake news Rusia dimana undang-undang tersebut akan memberikan hukuman penjara kepada mereka yang berkongsi kandungan yang dianggap ‘palsu’ oleh pihak berkuasa negara itu.
“TikTok adalah saluran untuk kreativiti dan hiburan yang boleh memberikan sumber kelegaan dan mengeratkan hubungan manusia semasa zaman perang ketika orang ramai berdepan tragedi menyedihkan.
“Ugutan Rusia yang mendakwa platform ini menjadi medium penyebaran berita palsu menjadikan pihak kami tidak mempunyai pilihan selain menggantung perkhidmatan di sana,” kata TikTok dalam satu kenyataan.
Dalam laporan Daily Mail, difahamkan platform itu bukanlah syarikat pertama yang menggantung perkhidmatannya di Rusia.
Netflix turut menggantung perkhidmatan
Selain TikTok, Netflix juga membuat keputusan untuk menggantung perkhidmatannya di Rusia dan pada awal minggu ini, Netflix menghentikan sementara semua projek dan pemerolehan masa depan di Rusia selepas menilai kesan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.
”Memandangkan keadaan di lapangan semakin buruk, kami telah memutuskan untuk menggantung perkhidmatan kami di Rusia,” kata jurucakap Netflix itu.
Netflix sebelum ini berkata ia tidak bercadang untuk menambah saluran kerajaan kepada perkhidmatan Rusianya, walaupun terdapat peraturan yang memerlukannya untuk mengedarkan saluran yang disokong kerajaan.
Hm, ada lagi ke jenama lain akan gantung perkhidmatannya di Rusia?