in

TikTok Tidak Lagi Beroperasi Di US Bermula Hari Ini

TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Platform media sosial TikTok tidak lagi akan beroperasi di Amerika Syarikat bermula Ahad (hari ini).

Ini berikutan keputusan Mahkamah Agung negara tersebut yang mengekalkan undang-undang mengharamkan aplikasi media sosial tersebut.


Screenshot 2025 01 19 at 1.57.27 PM

Memetik laporan Hindustan Times, keputusan pengharaman itu boleh dikaji semula sekiranya kerajaan di bawah kepimpinan Bekas Preseiden Joe Biden campur tangan.

Kerajaan di bawah kepimpinan Biden boleh memberi jaminan undang-undang baharu yang menggesa larangannya tidak akan digunakan untuk menghukum penyedia perkhidmatan.

Artikel berkaitan: Artis Di TikTok Cipta Lagu #ThinkTwice, Galak Budaya Lebih Positif

Artikel berkaitan: Akta Baharu Australia, Haramkan Penggunaan Media Sosial Untuk Individu Bawah 16 Tahun

Mahkamah tersebut memaklumkan kerajaan di bawah pimpinan Biden perlu segera memberikan kenyataan muktamad untuk memuaskan hati penyedia perkhidmatan yang menjamin ketidakkuatkuasaan.

Namun malangnya sekiranya tiada usul yang dikemukakan, TikTok akan dipaksa menghentikan operasi pada 19 Januari.

Setakat artikel ini ditulis, CNN melaporkan aplikasi TikTok telah tidak dapat digunakan di Amerika Syarikat, kurang daripada dua jam sebelum larangan dijadualkan berkuat kuasa.

Screenshot 2025 01 19 at 1.57.15 PM

Pelawat ke aplikasi itu disambut dengan mesej yang berbunyi:

“Sorry, TikTok isn’t available right now. A law banning TikTok has been enacted in the U.S. Unfortunately, that means you can’t use TikTok for now.”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.