Kegiatan jenayah ada di mana-mana! Terbaru hari ini apabila tiga lelaki dikatakan telah menebuk dinding bangunan kompleks membeli-belah dalam percubaan untuk merompak sebuah kedai emas.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi, tiga suspek yang lengkap bersenjatakan parang dikatakan telah menebuk dinding bangunan sebelah kompleks Centre Point Kemaman di Chukai sebelum menggeledah sebuah kedai emas, lapor Harian Metro.
Dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditugaskan untuk menjaga kompleks tersebut telah diikat oleh suspek. Pun begitu pada jam 5 pagi, salah seorang dari anggota RELA tersebut telah berjaya melepaskan diri dari ikatan dan menelefon IPD Kemaman untuk bantuan.
Berdasarkan rakaman CCTV premis yang terbabit serta kompleks membeli belah itu, tiada tanda-tanda yang menunjukkan tiga penyamun tersebut sudah melarikan diri. Hah takkan ghaib pulak!
Disebabkan hal itu, pihak polis telah mengepung bangunan berkenaan dan pemantauan rapi kini dilihat menerusi paparan video CCTV.
Bangunan kompleks perniagaan yang setinggi empat itu telah menempatkan lebih 200 kedai dan buat masa kini sebarang aktiviti perniagaan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga suspek ditangkap bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pun begitu, jumlah kerugian yang dialami kedai emas tersebut masih dalam siasaran polis.
Semoga perompak yang terlibat dapat diberkas polis!
Baca: Lelaki Berjaya Rompak RM620,000 Tetapi Tercicir Telefon Bimbit Di Tempat Kejadian