Kalau sebelum ni, tular seketika cerita tentang personaliti YouTube dan pengarah Syahmi Sazli yang terpaksa menutup perniagaan air balangnya, kini giliran pelakon yang sering ditampilkan dalam video Syahmi, Yoe Parey pula terpaksa menutup perniagaan goreng pisang miliknya.
Menjelaskan perkara tersebut, Yoe Parey difahamkan terpaksa menutup gerai goreng pisangnya yang sebelum ini beroperasi di Kampung Padang Pak Amak, Pasir Putih akibat masalah tertentu.
Yoe Parey atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman memberitahu pihak Harian Metro bahawa keputusan yang dibuatnya ini adalah kerana kecewa gerainya sering dipecah masuk.
“Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Laporan dah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan”
Tambah Yoe lagi, sekarang ini kedai tersebut telah diserahkan kepada peniaga lain yang menjual ayam manakala dia pula membantu perniagaan budu milik ayahnya yang telah lama diusahakan.
Tambahnya lagi, sebotol budu biasanya dijual dengan harga RM2 manakala satu dozen cuma RM20 selain menyifatkan bilang perniagaan serta lakonan mempunyai keseronokan yang tersendiri.
Nama Yoe Parey dan Asif mula meningkat naik selepas sering diketengahkan oleh Syahmi Sazli menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama dalam filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First.
Secara tak langsung, fenomena ini membuatkan orang ramai tak putus ke gerai Goreng Pisang Yoe Parey selain ianya turut mendapat tumpuan orang luar yang datang ke Kelantan.
Baca : “Respek akhlak demo” – Syahmi Sazli Tutup Perniagaan, Taknak Sebabkan Kesesakan Jalan