Dalam ahli keluarga kita, mesti paling tidak akan ada seorang tu yang perangai jenis tido mati. Kita bising la macam mana sekalipun tak ada nya dia akan bangun. Bak kata orang dulu-dulu, gempa bumi pun belum tentu sedarnya dia tu. Tibeh.
Seakan kisah yang nak dikongsi kali ini, orang ramai berdepan detik cemas apabila seorang anak kecil tertidur di dalam kereta ibunya sampai tak sedar dengan sekeliling.
Nyenyak sangat tidur
Namun baru-baru ini viral sebuah klip video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan di dalam kereta yang terkunci.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut dilihat nyenyak sedang tidur padahal ibunya dan orang ramai dah cemas melihat situasi itu.
Tambahan pula, enjin kereta pula masih hidup jadi makin selesa lah budak itu tidur. Orang ramai dah mula goyangkan kereta tu banyak kali supaya budak tu terjaga, tapi tiada tanda pun seakan dia akan bangun.
Setelah beberapa minit, barulah kanak-kanak itu terjaga dan disuruh untuk buka pintu dengan kadar segera.
Video kejadian tersebut telah dimuat naik melalui akaun Facebook Sukan Star TV dan meraih 12k likes.
https://www.facebook.com/sstv.my/posts/3015360525375415
“Lain kali bawak lah anak tu”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersyukur kerana tiada apa berlaku kepada kanak-kanak tersebut. Namun ramai sebenarnya geram kerana perkara itu dianggap merbahaya dan boleh mengancam nyawa kanak-kanak tersebut.
Macam manapun, semua orang silalah ambil iktibar terhadap kejadian yang jadi ni supaya tak ada lagi kes-kes macam ni terjadi lagi pada masa akan datang. Sama-sama kita beringat okay.