in

“Tidak murah hati” – Beli 7 Bungkus Nasi Lemak, Pelanggan Sindir Penjual Bila Minta Tawar Harga Tapi Tak Dapat

ft pelanggan mulut biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi peniaga ini bukan mudah, kena berdepan dengan bermacam-macam ragam pelanggan yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Tidak kiralah apa jenis perniagaan sekalipun.

Salah satunya, minta harga murah yang mungkin tak lepas dengan modal, tak cukup dengan itu, ada juga yang mengeluarkan kata-kata berbisa. Perkara ini berlaku kepada seorang peniaga nasi lemak ini.


Artikel berkaitan : “Tak boleh jual”- Peniaga Terpaksa Buang 1 Periuk Besar Sup Lepas Gagak Ditembak Jatuh Masuk Periuk

Artikel berkaitan : Peniaga Dipuji Ramai, Mahir Buat Pancake Dengan Pelbagai Motif Kartun Kesukaan Kanak-kanak

Dalam video yang berdurasi 1 minit 42 saat itu, peniaga dilihat menyatakan harga untuk menu nasi lemak tersebut dan pelanggan berkenaan kemudian dikatakan mengeluh dengan mendakwa harga nasi lemak yang dijualnya mahal belaka.

Biarpun menyindir dan memperlekehkan makanan yang dijual, pelanggan tersebut tetap membelinya dan berusaha untuk memujuk peniaga agar memberikan ‘harga istimewa’ buatnya.

Sambil mengisi nasi lemak ke dalam plastik, pelanggan tersebut dilihat tidak henti-henti mengadu harga makanan yang dijual dan dia siap membandingkan harga yang dijual dengan jumlah harga ikan bilis yang sebenarnya murah. Malah dia juga menjelaskan yang kononnya dia (pelanggan) sudah biasa menjual nasi lemak sebelum ini.

Pelanggan tersebut juga bermulut lancang dengan berpesan kepada peniaga agar berpada-pada jika ingin kaut untung dalam berniaga. Bagaimanapun, pelanggan tersebut masih memujuk untuk memberikan harga murah kepadanya. Bengang permintaan ditolak, pelanggan tersebut melabelkan peniaga wanita ini seorang yang kedekut.

“Tidak murah hati kau.”

@hakaklawa_fyon

Replying to @ateng.atengloh Hanya Allah yang tau saya Ikhlas atau Tidak. Tapi sepangjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya “TIDAK IKHLAS”. apatah lagi “TIDAK MURAH HATI”. Orang yang kenal saya, kenal lah.. tapi saya bukan minta untuk dikenali, cuma minta difahami. Saya, generasi dr mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 TAHUN, dari harga 1 ringgit hingga lah sekarang 3 ringgit. Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam². Kami sangat jaga KUALITI. Masak nasi pun bukan guna santan murah. semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai “NASI LEMAK”. Di kes ini, makcik ni juga seorang peniaga. Saya tidak tahu apa motif dia dtg sergah saya mcm ni. Adakah untuk menjatuhkan semangat saya, mungkin? Semoga dia tidak ulang sikap dia terhadap peniaga lain.☺️ Ya Allah, Perluaskan lagi rezeki kami seluas lautanMu. Dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki sesama manusia. Aamiin Ya Allah. #peniaganasilemak #randomvideo #tidakmurahhati

♬ original sound – ChiruX9_official – ChiruX9_official

Setelah baki dipulangkan, pelanggan itu melabel peniaga tersebut sebagai seorang yang tidak ikhlas dalam berniaga sebelum berlalu pergi.

Video yang telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan dalam masa sehari itu telah mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata memang cukup geram bila mendengar kata-kata daripada pelanggan ini.

Screenshot 2024 05 27 124107 Screenshot 2024 05 27 124147

Bahasa jiwa bangsa. Kalau rasa mahal, kita boleh je pilih dekat kedai lain.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.