Baru-baru ini, kecoh berkenaan isu trangender apabila beberapa selebriti dilihat bertindak berani dengan memuat naik beberapa gambar terdedah mereka di media sosial.
Melihatkan isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil mengulas berkenaan isu yang panas dibualkan oleh rakyat Malaysia ini.
Terang Dr. ZUlkifli, beliau memberi lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk melaksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya. Namun, SOP yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi oleh semua pihak.
“Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transjantina) kembali ke pangkal jalan”
https://www.instagram.com/p/CCcp1NPF-4p/?utm_source=ig_embed
Jelas Dr. Zulkifli lagi, isu ini memerlukan usaha semua pihak dari pelbagai agensi.
“Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama)”
BACA: Menyesal Tukar Jantina, Ramai Transgender Nak Kembali Kepada Fitrah Asal Mereka
Back to Top