Keretakan rumah tangga antara pasangan Dato’ ND Lala dan Datin Fauziah Sarman bukanlah sesuatu yang baru kita dengar. Disebabkan hal ini, Syada Amzah terpaksa memuat naik ‘surat terbuka’ untuk bapanya, ND Lala yang sudah tidak dapat dihubungi.
Dalam perkongsian itu, Syada menitipkan ucapan ulang tahun ke-62 dan selamat hari raya. Kata Syada, mulai hari ini, tak ada lagi foto bersama bapa mereka.
Ayah, tak ada lagi foto ayah bermula hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tak ada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62 tahun. Terima kasih di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik. Mewakili adik beradik yang saya ada (kakak, Shafiq, Syahir dan saya), kami dah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, lagi sekali, ayah tak pilih kami. Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya dah jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya.
View this post on Instagram
Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Fauziah sendiri, suaminya dipercayai telah beristeri muda yang difahamkan merupakan rakan Shila sendiri bernama Siti Munirah Abd. Ghani.
Menurut laporan media, Fauziah juga telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Isnin lalu.
Isteri muda ND Lala, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah.
Malah, dia merupakan rakan sekolah Shila. Mereka juga pernah belajar di sekolah yang sama dan sering berkunjung ke rumah Shila sendiri.
Walaupun ucapan Syada Amzah sangat ringkas, ia berjaya meruntun hati warganet. Harap semua masalah ini akan selesai pada masa hadapan.
Sumber: Kosmo
Baca: Isteri ND Lala Sahkan Suami Sudah Berkahwin Lain, Didakwa Rakan Sekolah Shila Amzah