Semalam, tular sebuah video memaparkan detik cemas beberapa orang penumpang LRT ketakutan ketika gerabak itu melepasi bangunan yang sedang terbakar.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku ketika LRT laluan Sri Petaling itu melewati bangunan terbakar dengan begitu marak berhampiran Stesen Pudu.
Artikel berkaitan: Bomba Selamatkan 9 Mangsa Dalam Insiden Papan Iklan Terbakar di Lebuhraya Persekutuan
Artikel berkaitan: “Umur bau tanah kubur” – Pemuda Diganggu Pakcik Dalam LRT, Ajak Buat Perkara Tak Senonoh
Penumpang itu berkongsi klip video berdurasi 3 saat tersebut menerusi aplikasi XiaoHongShu.
“Ketika saya berdiri dan memegang susur tangan, tiba-tiba saya ternampak cahaya merah dari arah bertentangan. Saya hanya dapat melihat api semakin menghampiri kami.
Selepas beberapa saat, bahang panas menyusul. Seluruh tren tiba-tiba menjadi sangat panas hanya dalam beberapa saat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar dalam kejadian itu dengan enam daripadanya musnah 100 seratus peratus.
Kebakaran besar itu memusnahkan tiga kereta dan tiga motosikal selain memusnahkan tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat yang terletak berhampiran.
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba L Logeswaran, memberitahu kebakaran itu juga membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan 100 peratus di bahagian tingkat atas.
Sumber: Berita Harian, XiaoHongShu