Sejak belakangan ini, isu buli yang melibatkan pelajar dilihat semakin kerap berlaku sehinggakan timbul kes yang membawa kecederaan mahupun kematian.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan pemergian seorang pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir yang dipercayai kematiannya mungkin berpunca daripada kes buli.
Susulan kes itu, ramai ibu bapa mula berasa bimbang dengan keselamatan anak dan menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertegas dalam menangani gejala buli di sekolah.
Artikel berkaitan: Imbau Kembali Insiden B*li Sampai M*ti Tahun 1988, Ramai Terkejut Menteri Pendidikan Pada Ketika Itu Ialah…
Artikel berkaitan: Ibu Mohon Doa, Tempurung Kepala Anak Retak Lepas Ditolak Rakan
Anak jadi mangsa buli di sekolah
Bercakap tentang isu ini, seorang individu berkongsi kisah mengenai anaknya yang pernah menjadi mangsa buli ketika berada di Tingkatan Satu.
Katanya, anaknya seorang yang pendiam dan kurang bergaul menyebabkan dia menjadi mangsa buli oleh rakan sekelasnya.
Menurut individu itu lagi, anaknya tidak pernah mengadu masalah buli kepadanya namun ada membuat laporan kepada guru disiplin tetapi tidak diendah.
“Anak saya pernah adukan kepada guru disiplin tapi cikgu tak hiraukan. Dia juga tak mengadu kepada saya,” tulisnya.
Tiba-tiba polis datang sekolah
Disebabkan itu, anaknya mencari inisiatif sendiri dengan membuat aduan terus menerusi Portal Aduan Buli KPM.
“Dia melayari internat dan mencari aduan buli KPM. Dia tulis semua yang dialami, tulis nama budak pembuli dan terus hantar ke KPM.”
Menurutnya, semua guru di sekolah terbabit terpinga apabila dimaklumkan terdapat aduan kes buli selepas didatangi polis.
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu memuji tindakan murid terbabit mencari penyelesaian untuk menangani isu buli yang dihadapinya.
Difahamkan, Portan Aduan Buli KPM telah pun diperkenalkan beberapa tahun lalu bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada KPM.
Setiap aduan akan disaring dalam tempoh 24 jam sebelum pengadu menerima maklum balas pada hari ketiga.
Sumber: X