Kemelut masalah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, kini muncul dengan isu baru apabila isteri kepada pelakon ini terkejut dengan tindakan suaminya yang berubah fikiran pada saat akhir hingga mengakibatkan proses tuntutan hadanah gagal capai kata sepakat, semalam.
Menurut Berita Harian, Nurul Shuhada menjelaskan bahawa proses perbincangan yang berlangsung selama sejam itu gagal walaupun pada awalnya Hafidz dikatakan bersetuju dengan segala syarat yang dibangkitkan.
Hafidz tiba-tiba kata tak setuju
Nurul Shuhada ketika ditemui selepas prosiding tuntutan hadanah bersama pegawai sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam petang semalam berkata, dia terkejut dengan tindakan Hafidz yang tiba-tiba berubah pendirian tidak bersetuju dengan tuntutan hadanah tersebut di saat akhir.
Lama tunggu lebih kurang sejam lebih. Bila sudah dapat keputusan dan menunggu masa menandatangani surat persetujuan, tiba-tiba Hafidz keluar dari bilik perbincangan dan masuk semula dengan berkata tidak setuju.
“Awalnya, Hafidz memang sudah bersetuju nak beri saya menjaga anak-anak dan akur dengan syarat tidak boleh bermalam disebabkan Humairah masih dalam keadaan tidak stabil,” katanya.
Tambahnya lagi, perkara tersebut membuatkan dia menjadi perempuan keji dan Hafidz pula dilihat sebagai tiada pendirian.
“Bila sudah capai kata sepakat dan saya gembira dengan keputusan, tiba-tiba dia keluar berbincang dengan peguam, kemudiannya masuk semula kata tak setuju.
“Tindakannya ini menyebabkan saya menjadi perempuan keji. Dia memang tiada pendirian,” kata Nurul Shuhada.
Selain itu, Nurul Shuhada juga memaklumkan bahawa pegawai sulh ada menasihati Hafidz untuk menghubunginya bagi berbincang mengenai hal anak-anak, namun aktor itu tidak mahu.
Malah Hafidz juga berkata dia takkan hubungi isterinya dan semua urusan hanya melalui peguam sahaja.
“Kenapa baru berkongsi video dan gambar bersama anak-anak semalam?”
Sementara itu, menerusi perkongsian hlive, Nurul Shuhada juga ada mempersoalkan tindakan Hafidz yang dilihat tiba-tiba memuat naik gambar anak sehari sebelum prosiding tuntutan hadanah tersebut.
Menurut isteri pelakon itu, dia agak pelik dengan tindakan suaminya memuat naik gambar dan video anak-anak mereka secara tiba-tiba kerana sebelum itu pelakon berkenaan dikatakan tidak pernah ambil tahu hal berkaitan Instagram anak dan sebagainya.
View this post on Instagram
Kenapa dia baru berkongsi video dan gambar bersama anak-anak semalam sedangkan perjumpaan itu adalah tiga minggu lalu?” katanya.
Terdahulu, Nurul Shuhada difahamkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung lafaz cerai pasangan tersebut.
Baca: “Berjanji ke tu?” – Baju Sedondon, Netizen Usik Hafidz Roshdi & Shuhada Masih Ada ‘Chemistry’?