Media sosial baru-baru ini kecoh dengan video tular di mana seorang ibu bertindak memukul anaknya sehingga menyebabkan kecederaan.
Perbuatan ibu kanak-kanak itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, Perlis pada Ahad lalu.
Artikel berkaitan: Murid 6 Tahun Didakwa Didera, Guru Beri Alasan Sebab Tak Tahu Mengeja & Tak Siap Kerja Sekolah
Artikel berkaitan: Polis Cari Individu Terbabit Dalam Insiden Pukul Lelaki OKU Di Pasar Tani
Menurut laporan Kosmo!, kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan bapa serta neneknya di Jerlun, Kedah dengan pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Video penuh di sini.
Terdapat khabar angin di media sosial yang menyatakan ibunya itu selalu mendera kanak-kanak itu namun Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pemeriksaan perubatan mendapati tiada kecederaan serius pada tubuh mangsa seperti yang didakwa dalam hantaran tular sebelum ini.
“Pemeriksaan doktor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menunjukkan tiada kesan luka lama atau kecederaan yang boleh dikaitkan dengan penderaan.
Hasil imbasan sinar X turut mendapati tiada sebarang kesan retak pada mana-mana bahagian tubuh mangsa,” katanya.
Beliau turut berkata siasatan kini tertumpu kepada niat dan tindakan suspek sama ada mempunyai unsur penderaan atau kecederaan terhadap mangsa dan kes akan dirujuk kepada pihak pendakwaan dengan cadangan pertuduhan terhadap suspek.
Dalam pada itu, Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, adik mangsa turut ditempatkan di bawah jagaan bapa dengan pengawasan dan seliaan JKM.
Sumber: Kosmo!