in

“Tiada sebarang kesan” – Penemuan Mayat 6 Pelancong Dalam Hotel Mewah Di Bangkok Cetus Misteri

Syaz Ft 2024 07 17T102247.184

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial di mana 6 orang pelancong ditemui mati dalam suite hotel mewah di Bangkok, Thailand.

Kekeliruan dan misteri telah menyelubungi penemuan itu kerana pada mulanya media tempatan memberitahu ada berlaku tembakan rawak di Hotel Grand Hyatt Erawan Bangkok tetapi polis kemudiannya menolak laporan ini dan berkata tiada bukti tembakan.


Artikel berkaitan: Misteri Kehilangan Alissa Turney Yang Terungkai Dengan Bantuan TikTok

Artikel berkaitan: 4 Kes Kematian Paling ‘Memalukan’ Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Sebaliknya, pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada kenam-enam mangsa mati akibat keracunan.

Menurut laporan BBC, mangsa yang merupakan tiga lelaki dan tiga wanita itu semuanya warga Vietnam serta ada yang mempunyai dua kewarganegaraan Amerika, kata perdana menteri Thailand.

Cats 12

Difahamkan, pihak polis sedang mencari motif dan kematian itu adalah akibat daripada pembunuhan dan bukan bunuh diri.

Dalam laporan yang sama, ketua polis Metropolitan Lt Jen Thiti Saengswang memberitahu tujuh orang telah menempah untuk menginap di hotel itu tetapi hanya lima yang mendaftar masuk dan seorang kini masih belum dapat dikesan

Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang ditemui di dalam bilik itu tidak sepadan dengan rekod hotel.

Terdapat bahan mencurigakan serta  DNA mangsa dikesan dalam minuman yang dipesan ke suite tersebut kira-kira jam 2.00 petang waktu tempatan pada Isnin lalu, makanan yang dipesan juga tidak disentuh sama sekali.

Kumpulan penyiasat berkata tiada bukti pergaduhan atau rompakan dan satu-satunya luka yang ditemui pada salah satu mayat berkemungkinan disebabkan mangsa terjatuh rebah.

Sumber: BBC

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.