in

Tiada Rekod Pembayaran Zakat Diterima Daripada GISBH – Lembaga Zakat Selangor

Gisbh Tidak Bayar Zakat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Zakat Selangor mendedahkan bahawa GISB Holdings atau GISBH tidak pernah membayar zakat.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut Muhd Fikri Naim Harun iaitu Ketua Divisyen Kutipan LZS, GISBH termasuk 20 anak syarikatnya tidak pernah membuat sebarang bayaran zakat.


Ini sekaligus menjadikan GISBH bukan sahaja tidak membayar cukai LHDN, malah syarikat ini juga tidak membayar zakat.

Difahamkan juga, tiada sebarang rekod pembayaran zakat diterima daripada GISBH di Lembaga Zakat Selangor.

9 4

Artikel Berkaitan: Ketua Polis Negara Dedah GISBH Tidak Pernah Bayar Cukai

Artikel berkaitan: Mahu Elak Dikesan Pihak Berkuasa, Pengikut GISBH Tanam Buku Di Tepi Sungai

Namun, pihak Lembaga Zakat Selangor tidak dapat untuk menganggar berapa jumlah zakat yang perlu dibayar oleh GISBH.

9 5

Ini kerana pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak mempunyai maklumat tentang liabiliti dan aset GISBH untuk membuat kiraan.

Untuk makluman semua, difahamkan, seseorang yang tidak sengaja atau sengaja tidak membayar zakat ke LZS boleh didenda RM5,000 atau dipenjara tiga tahun di bawah peraturan zakat dan fitrah, Enakmen Jenayah Syariah.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.