in

Tiada Petunjuk Baharu, SAR Mangsa Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India Diteruskan

1Mi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang menjadi mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari ketiga pada Ahad 25 Ogos 2024. Perkara ini berikutan usaha pada malam Sabtu dihentikan sementara kerana tiada petunjuk baharu.

Screenshot 2024 08 25 At 12.09.56 Pm

Memetik laporan The Star, operasi SAR diteruskan hari ini bermula jam 8 pagi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pasukan penyelamat telah melakukan pencarian di enam lubang pembetung di sekitar kawasan itu dan di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.

Setakat jam 7 malam (semalam), kami tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung lokasi mangsa.”

Sulizmie juga berkata, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam dan IWK akan mengadakan perbincangan lanjut bagi melakukan pencarian di lokasi awal, Jalan Masjid India.

Beliau berkata pada masa ini tiada rancangan untuk meluaskan kawasan pencarian melepasi enam lubang pembentung kerana lokasi mangsa terjatuh hanya terletak di lokasi tersebut.

Screenshot 2024 08 25 At 12.09.05 Pm

Terdahulu, ACP Sulizmie Affendy berkata enam lubang pembetung telah dibuka secara berperingkat sejak pagi tadi bagi meluaskan kawasan operasi SAR.

Enam lokasi itu ialah di Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan bulatan Kinabalu.

Untuk rekod, mangsa dikenali sebagai Vijayalaksmi, 48, seorang pelancong dari India, terjatuh ke dalam tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India selepas tanah runtuh ketika dia berjalan ke kuil berhampiran pada 8.22 pagi Jumaat lalu.

 

Baca: Kejadian Tanah Jerlus: Ada Gas Beracun Dalam Pembetung, Hanya Seorang Anggota Sahaja Dibenarkan Masuk Untuk Mencari Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.