Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat banyak koleksi baju Melayu diperkenalkan setiap kali musim perayaan.
Ada yang masih mengekalkan rekaan baju Melayu dulu-dulu dan ada juga yang menampilkan gaya moden semata-mata mahu menampakkan kelainan.
Melihat pelbagai rekaan yang ada pada hari ini, dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FMBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Abdul Muati Ahmad menegur rekaan yang dilihat telah pun hilang ciri-ciri asli baju Melayu.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @ereen_juferi, Prof. Muati menegur pakaian baju Melayu yang dipakai oleh seorang lelaki di sebelahnya. Ujarnya, baju tersebut tiada potongan pesak dan kekek serta ia lebih ke arah rekaan kurta.
@ereen_juferi Replying to @Apish Ok ni versi clean berkenaan Baju Melayu, hrp dpt dengar ya ? #bajumelayu #warisanmelayu #busana #busanamelayu #vlog #sejarah #ceritasaya #upm
Dalam video itu juga, beliau menunjukkan ciri-ciri baju Melayu yang sebenar iaitu perlu ada:
- 5 butang baju melambangkan 5 rukun Islam
- 6 panel pesak melambangkan rukun iman
- 3 poket melambangkan Islam, Iman, dan Ihsan
Menerusi video berasingan, Prof. Muati juga berkongsi mengenai cara pemakaian samping dengan betul.
Menurutnya, cara lipatan samping yang betul adalah dengan meletakkan lipatan kiri di sebelah bawah dan lipatan kanan di sebelah atas.
Tambahnya, peraturan asas pemakaian samping juga perlu dititikberatkan yang mana kepala kain samping seharusnya terletak di bahagian belakang (punggung pemakai).
Ditanya jika salah cara memakai, beliau menjawab ia tidak menjadi kesalahan namun seperti falsafah orang Melayu, “adat memakai biar tahu diri”.
@ereen_juferi Tak sangka TT berkenaan Baju Melayu menarik minat, jadi ini pula berkenaan pemakaian sampin dgn betul pada Baju Melayu. ‘Super Big Boss’ bgtau falsafah org Melayu pakai ‘Adat memakai kena tahu diri’. #vlog #sampin #busana #melayu #budaya #warisanmelayu #ceritasaya #upm
Kalau korang baru tahu, raya ni bolehlah ubah cara pemakaian samping yang betul.
Baca: “Nampak style lah!” – Segak Berbaju Melayu & Bersamping, Pemuda Thailand Raih Perhatian Netizen