in

“Tiada permit kerja sah” – Tular Video Penari Separa Bogel, Premis Di Bukit Bintang Ditutup Serta-merta

penari separa bogel bukit bintang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang penari separa bogel, bergelek berhadapan sebuah kedai yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video yang tular di media sosial itu menarik perhatian serta mengundang kecaman netizen kerana ianya sesuatu yang dianggap tidak sopan dan bertentangan dengan imej negara Malaysia.


Pun begitu, terbaru pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Facebook mereka telah mengesahkan premis itu telah diarahkan penutupan serta-merta dan kompaun juga dikeluarkan.

“Hasil daripada siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati premis tersebut mempunyai lesen komposit Kedai Runcit/Serbaneka/Pasar Mini (Barangan Kering Sahaja) bagi menjalankan aktiviti Pasaraya.

Walau bagaimanapun premis tersebut telah dikendalikan oleh 4 orang pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah. 2 daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan 2 lagi merupakan warga negara Iran,” tulisnya.

Difahamkan, kejadian tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lalu bersempena dengan sambutan ulang tahun premis itu.

Disebabkan itu, Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah menjalankan satu tindakan khas di premis tersebut pada 23 Ogos yang mengarahkan premis itu ditutup serta-merta.

Baca: “Macam pengemis kau buat orang” – YouTuber Dikecam Gara-gara Baling RM10k Dekat Bukit Bintang?

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.