in

“Tiada perbincangan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera” – KPT

Syaz Ft 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila terdapat desas-desus yang mengatakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dibuka kepada bukan Bumiputera.

Perkara itu menimbulkan kekecohan sehingga terdapat bantahan daripada pelajar UiTM dengan #MahsiswaUiTMBantah.


Artikel berkaitan: Alicia Amin Sokong Pendirian Bapa, Buka UiTM ‘Sementara’ Untuk Bukan Bumiputera 

Artikel berkaitan: Naib Canselor UiTM Tegur Trend Graduan ‘Beraksi’ Dengan Jubah Konvo Untuk Content

Pun begitu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan mengesahkan bahawa tiada langsung perbincangan untuk membuka UiTM kepada golongan bukan Bumiputera baik dalam peringkat kementerian atau kabinet.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.

Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak,” tulisnya.

Menterinya, Datuk Zambry Abd Kadir dalam kenyataan itu berkata pihak KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 di mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.