Doraemon! Tolong lah… Bagi saya pintu ke mana-mana tu!
Haa, Min yakin mesti korang semua familiar dengan dialog ni. Tipu lah kalau tak tahu kan? dialog ni selalu digunakan oleh Nobita kalau mahukan sesuatu dari Doraemon.
Mana taknya, siri animasi Doraemon ini boleh dikatakan popular ketika zaman kanak-kanak dan masih diingati sampai ke hari ini. Namun, baru-baru ini gempar mengenai cerita yang mengejutkan bagi peminat siri tersebut.
Ini kerana, pelantun suara Nobita iaitu Yoshiko Ota telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 89 tahun akibat serangan jantung. Mendiang Yoshiko dilaporkan telah meninggal dunia pada 29 Oktober lalu tetapi diumumkan secara rasmi pada Selasa lepas iaitu pada 9 November.
Bagi yang tidak mengetahui, Yoshiko Ota telah membawa suara sebagai Nobita sejak 1979 hingga 2005. Uish, ni zaman Min budak-budak lagi ni..
Bukan itu sahaja, sebelum suaranya digunakan bagi animasi terkenal hampir di seluruh dunia itu, Yoshiko pernah melantunkan suaranya sebagai watak Leo dalam animasi Jungle Emperor Leo pada 1966.
Malah, dia juga pernah menempa nama di dunia Hollywood dengan menggunakan suaranya sebagai watak Vixey dalam The Fox and the Hound dan juga watak Mary dalam Peter Pan.
Hasil titik peluh dengan bakatnya yang hebat tu, dia pernah menerima anugerah Lifetime Achievement Award 2016 di Tokyo Anime Award Festival. Hebat kan?
Sebagai tambahan, Yoshiko Ota dilahirkan pada 25 April 1932 di Hyogo dan telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon alih suara iaitu Osamu Saka. Dia juga telah menceburi bidang sebagai pelakon suara sejak 1963 di bawah naungan Theater Echo Company.
Terima kasih Yoshiko kerana telah menjadi penyeri childhood kami!
Baca: Nintendo America Dikecam Sebab Pilih Chris Pratt Bawakan Watak Mario Dalam Filem Animasi Terbaru