in

“Tiada lagi kelawar masak lemak” – Restoran Indonesia Berhenti Dari Jual Hidangan ‘Kelawar’ Akibat Coronavirus

Featured Image Kelawar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah kecoh di laman media sosial mengenai satu pasar di Indonesia yang dikatakan menjual binatang eksotik.

Pasar itu dikenali sebagai Pasar Tomohan dan terletak di daerah Sulawesi, Indonesia.


Kelawar Indon3
Gambar hiasan

Namun, setelah tular di serata dunia mengenai novel coronavirus, pasar tersebut dikatakan mendapat kurang sambutan terutamanya terhadap kelawar.

Menurut Sinar Harian, Pasar Tomohon memang terkenal dengan sebuah pasar yang ‘menakutkan’ di mana mereka memang menjual daging kelawar, malah turut menjual daging anjing, kucing, tikus, babi hutan, dan ular.

Kelawar Indon2 1
Gambar hiasan

Bukan itu sahaja beberapa resoran di bandar Manado di Sulawesi Utara turut membuang hidangan kelawar daripada menu harian mereka kerana bimbang dengan penularan wabak coronavirus.

Menu kelawar masak lemak memang cukup popular terhadap masyarakat Indonesia di wilayah itu.

Kelawar Masak Lemak
Sumber: google

Namun begitu, sejak seminggu yang lalu, menu tersebut sukar didapati malah penjualannya di Pasar Tomohon juga didapati semakin berkurang.

Seorang pengusaha restoran yang dikenali sebagai Mereyke berkata, dia memang sudah menghentikan buat sementara waktu terhadap menu masakkan kelawar yang sememangnya mendapat sambutan tinggi pada sebelum ini.

“Sudah seminggu kami tidak menjualnya. Kami mendapat tahu bahawa kelawar membawa virus itu (coronavirus)”. Katanya.

Selain itu ada juga pengusaha restoran lain yang mengambil keputusan untuk membuang menu masakkan kelawar bagi mengelakkan daripada perniagaan miliknya terjejas.

“Penyebaran berita palsu terutamanya membabitkan menu kelawar menyebabkan perniagaan saya sedikit terjejas.

“Tetapi, saya akan tetap memasak daging kelawar sekiranya mendapat tempahan peribadi terutama sekali daripada pelanggan tetap.” Katanya.

Tapi, tabiat dan selera untuk makan makanan eksotik dalam kalangan masyarakat Sulawesi Utara bukanlah merupakan amalan keseluruhan rakyat di negara itu.

Lepas ni makan jela ayam masak lemak cili padi. Lagi sedap!

 

Baca: “Kebulur ke?” -Lagi Ekstrem Dari China, Pasar Di Indonesia Ini Jual Daging Kelawar, Monyet, Tikus & Macam-macam Lagi!

Hjk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.