Rasanya ramai dah tahu tentang perkahwinan di Thailand yang mana ada sesetengah pasangan dari Malaysia senyap-senyap kahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Sedangkan pernikahan itu tidak diiktiraf di negara kita selagi ia tidak berdaftar dengan jabatan agama.
Baru-baru ini tular di TikTok video seorang lelaki yang mempromosikan pakej nikah di Thailand all-in tanpa kos tersembunyi. Dia juga merupakan ejen perkhidmatan itu sejak tahun 2008.
@mohdamirfaizal KHIDMAT NIKAH DI THAILAND. 0195440532 ???? PEKEJ RM2500 … Pasangan mesti ada PASPORT atau BORDER PASS beserta kad pengenalan. Urusan/Proses 2h1m “Warga asing saya tak buat..” Waktu urusan isnin hingga Khamis jika nak sekali surat kedutaan. BAYARAN TERMASUK 1.KERETA EXORA DARI SUNGAI PETANI-ini bermaksud pasangan boleh letak kereta di rumah saya atau boleh letak di sempadan. 2.TOL DAN MINYAK 3.BAYARAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM 4.MAKAN SEHARI 3 KALI 5.HOTEL SEMALAM 6.BAYARAN DI KONSULAT 7.GAMBAR DAN VIDEO KETIKA MAJLIS AKAD NIKAH 8.WIFI INTERNET DALAM KERETA… Mas kawen tidak termasuk dalam pakej ini…sendiri keluar(duit Malaysia) *KESEMUA URUSAN SAYA LAKUKAN SENDIRI *JURU NIKAH DAN SAKSI JUGA ADALAH YANG DITAULIAHKAN…. *LOKASI PERNIKAHAN JUGA ADALAH TEMPAT YANG DI IKTIRAF. *BAGI JANDA, ANDA PERLU BAWA SURAT CERAI ORI DAN PASTIKAN LEPAS EDAH *BAGI BALU BAWA SURAT KEMATIAN SUAMI YANG ORI… DAN JUGA DAH HABIS EDAH.. *BAGI WANITA YANG BELUM PERNAH BERNIKAH ,HANYA PERLU BAWA PASPORT ATAU BORDER DAN IC SAHAJA… “SEMUA DOKUMEN SAH DAN BOLEH DIGUNA PAKAI UNTUK PENDAFTARAN DI MALAYSIA.” *PASANGAN AKAN SENTIASA BERSAMA SAYA SETIAP MASA.JADI TIDAK TIMBUL MASALAH PASANGAN DITINGGALKAN UNTUK MELAKUKAN SEMUA URUSAN. *SEHINGGAKAN MENGISI BORANG PUN SAYA YANG LAKUKAN. *BAGI YANG BERMINAT SILA BUAT TEMPAHAN SEMINGGU SEBELUM PERGI. DEPOSIT RM500 PERLU DI BUAT SEKIRANYA SUDAH TETAP TARIKH. Dan saya akan simpan tarikh tu kepada pasangan yang dah buat bayaran deposit. InsyaAllah… DEPOSIT TAK HILANG JIKA PASANGAN UBAH TARIKH… *LAIN2 PERKHIDMATAN ADALAH PERMOHONAN TAKLIK OLEH ISTERI YANG DICERAIKAN OLEH SUAMI BEGITU SAHAJA.URUSAN SURAT NIKAH DAN KONSULAT. *HUBUNGI TALIAN 0195440532 SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SEELOKKNYA TELEFON BIASA ATAU TELEFON WHATSAPP… UNTUK pernikahan yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, bayaran tambahan akan di kenakan.. EJEN SEJAK TAHUN 2008
Bawa jalan-jalan petang lepas nikah waktu pagi
Dalam video tersebut, dia pada ketika itu sedang membawa empat pasangan pengantin berjalan-jalan di sekitar Songhkla setelah bernikah pada pagi hari itu. Aktiviti ronda-ronda di tempat yang dinamakan halal street food merupakan salah satu aktiviti yang ada dalam pakej yang ditawarkan
Kemudian, dia membawa para penonton video melawat sekitar pasar makanan itu dan mempromosi makanan halal yang ada Thailand.
Artikel berkaitan: Gara-gara Bapa Nikah Sembunyi Di Thailand, Anak Jadi Mangsa Terkahwin Dengan Abang Sendiri
Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Nikah Isteri Baharu Di Thailand, 4 Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Harga tak sampai RM3000?
Di kapsyen video, lelaki itu menulis detail mengenai pakej yang hanya berharga RM2500. Bayaran itu termasuk kereta yang akan mengambil bakal pengantin dari Sungai Petani sehinggalah di sempadan.
Selain itu, tol dan minyak, bayaran di majlis agama Islam, penginapan satu malam di hotel, makan tiga kali sehari, bayaran di konsulat, gambar dan video juga termasuk dalam pakej RM2500 itu. Hanya mas kahwin sahaja yang perlu disediakan oleh pasangan pengantin.
Jurunikah dan saksi juga adalah orang yang bertauliah namun, ada syarat lain yang perlu dipatuhi seperti wanita berstatus janda perlu membawa surat cerai dan mesti melepasi tempoh iddah. Bagi wanita berstatus balu perlu membawa surat kematian suami dan juga melepasi tempoh iddah.
Wanita yang masih bujang hanya perlu membawa pasport dan kad pengenalan sahaja dan semua dokumen adalah sah serta boleh digunakan untuk pendaftaran di Malaysia.
Artikel berkaitan: MAIS Tidak Iktiraf Pakej Pernikahan Di Thailand
Deposit RM500, perlu tetap tarikh
Dia juga memberitahu deposit untuk menggunakan pakej tersebut adalah sebanyak RM500 dan tarikh pernikahan perlu ditetapkan terlebih dahulu. Jika tarikh bertukar, deposit itu tidak akan burn dan tempahan hanya boleh dibuat seminggu sebelum berangkat ke Thailand.
Bagi pernikahan yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, ada sedikit caj tambahan akan dikenakan. Pakej ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja dan mereka perlu membawa pasport dan kad pengenalan bagi urusan pernikahan di negara itu.
Menyingkap di ruangan komen, video ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Sumber: TikTok, Astro Awani