in

“Tiada kekerasan fizikal digunakan tetapi…” – Wartawan Imbau Saat Ditahan Tentera Isr*el Pada 2010

ft wartawan imbau ditahan tentera israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai penahanan delegasi Malaysia yang ditahan oleh tentera zionis, ia telah membuatkan seorang wartawan, Halim Mohamed mengimbau peristiwa saat beliau bersama 5 lagi sukarelawan Malaysia menaiki kapal kargo Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Jun 2010.

Jelasnya, kapal yang dinaiki beliau juga turut dipintas oleh tentera laut Israel, biarpun pada ketika itu perairan Gaza sudah jelas berada di hadapan matanya.


Dengan apa yang berlaku pada waktu itu, Halim Mohamed dapat menggambarkan dengan jelas apa yang mungkin sedang dilalui oleh tahanan-tahanan Malaysia yang menyertai konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Artikel berkaitan : “Maafkan salah silap adik” -Mesej Terakhir Peserta Termuda GSF Dari Malaysia Kepada Ibu Ayah Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan : Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis

Cara Israel bertindak

BULETIN TV3 85

Berkongsi pengalamannya, Halim Mohamed menjelaskan bahawa Israel pada mulanya tidak akan mengganggu sistem radar dan komunikasi kapal, mereka kemudiannya menghubungi kapten kapal dengan dakwaan telah menceroboh kawasan larangan.

“Apabila arahan berpatah balik tidak diendahkan, kapal perang dan bot tempur menghampiri, sebelum komando bersenjata naik ke kapal dan mengarahkan kami untuk menyerah diri.”

Tiada keganasan fizikal tetapi, mental terseksa teruk

Selepas ditunda ke Pelabuhan Ashdod, pasukan ini berdepan dengan sesi soal siasat yang panjang. Jelas Halim, tiada sebarang kekerasan fizikal diberikan, tetapi mental akan diuji dengan teruk.

“Tiada kekerasan fizikal digunakan, tetapi suara tinggi, nada tegas dan penggunaan maklumat peribadi yang lengkap di tangan pegawai mereka cukup menguji untuk memberi tekanan mental.”

“Pada ketika itu saya benar-benar menyedari ujian yang paling besar bukanlah fizikal, tetapi dari segi psikologi.”

Ada yang sehari dah lepas, tetapi Malaysia tiada diplomatik dengan Israel

BULETIN TV3 2025 10 02T145647.484

Katanya lagi, bagi sukarelawan dari negara lain, diplomat dari negara mereka boleh memberikan perlindungan segera.

“Ada yang dibebaskan hanya dalam masa sehari, namun bagi kami rakyat Malaysia, ketiadaan hubungan diplomatik dengan Israel menyebabkan jalan keluar jauh lebih rumit.”

Oleh sebab itu, mereka terus ditahan dan dibawa ke pusat tahanan serta ditempatkan bersendirian dalam sel tahanan. Dengan kesunyian dalam sel sendiri kerana telah diasingkan, waktu itulah mula timbul perasaan rindu terhadap keluarga dan ketidakpastian masa depan mereka. Bagaimanapun, mereka akhirnya dibebaskan dengan bantuan kerajaan Jordan.

“Ketika ditahan, kami juga didesak menandatangani dokumen dalam bahasa Ibrani, yang jelas berisiko tinggi jika dituruti dan mujur kami enggan berbuat demikian.”

“Beberapa hari kemudian, muncul bantuan daripada sebuah negara jiran ASEAN yang mempunyai hubungan dengan Israel.”

“Atas semangat serantau, diplomat mereka tampil menjadi penghubung, memberi nasihat dan akhirnya membuka jalan kepada pembebasan kami dengan bantuan kerajaan Jordan.”

Screenshot 2025 10 02 172825

“Pengalaman itu mengajar saya bahawa rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel pasti berdepan cabaran mental yang sangat berat, lebih daripada fizikal.”

“Mereka juga akan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan diplomasi serantau dan antarabangsa kerana Malaysia tidak mempunyai saluran rasmi dengan Israel.”

“Di sinilah pentingnya jaringan negara ketiga dan sokongan rakan strategik dalam memastikan tahanan kita tidak terpinggir.”

Susulan itu, Halim mendoakan buat kesemua delegasi Malaysia yang kini sedang berada dalam tahanan, beliau cukup memahami betapa getirnya keadaan tersebut. Dalam masa yang sama, beliau turut percaya dengan kepimpinan kerajaan Malaysia selain daripada sokongan antara bangsa dan semangat perjuangan.

Jadi, beliau berdoa agar mereka dapat menemui jalan keluar, semoga ketabahan mereka menjadi inspirasi untuk kita semua agar tidak berhenti menyuarakan ketidakadilan yang menerima rakyat Palestin.

Sumber : Buletin TV3, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.