in

“Tiada kaitan langsung antara ‘suntikan kosong’ dengan penjualan vaksin” – KJ

Cucuk Angin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga menjak ini, hangat di media sosial memperkatakan tentang suntikan kosong atau orang panggil ‘cucuk angin’ yang dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin.


Menurut Astro AWANI, sebanyak 13 laporan polis telah dibuat berhubung isu suntikan vaksin kosong ini seperti mana yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, menerusi sidang medianya sebentar tadi berkata, hanya satu kes saja dikesan akibat kecuaian dan lain-lain tiada bukti kukuh seperti didakwa.

Saya telah bincang dengan PDRM berkenaan perkara ini. Setakat hari ini menunjukkan bahawa laporan polis yang dibuat tiada kaitan langsung dengan kes kononnya berlaku suntikan kosong dengan sindiket jualan vaksin.

“Ada siasatan dibuat sindiket jualan vaksin, polis memaklumkan setakat ini tiada kaitan kes suntikan kosong dengan penjualan vaksin.

“13 kes telahpun dibuat laporan polis. Ada beberapa kes selesai disebabkan salah faham dan telah dipadamkan media sosial pengadu,” jelasnya.

 

Kes di Sungai Petani akibat kecuaian jururawat 

Dalam pada itu, Khairy juga berkata, terdapat satu kes melibatkan kecuaian jururawat di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang berlaku baru-baru ini.

“Ada kes pengadu buat laporan polis kerana tangan tidak lenguh dan tiada kesan sampingan vaksin. Kesan sampingan ini berbeza daripada satu orang ke satu orang lain.

“Untuk kes di Sungai Petani, iaitu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, ini satu-satunya kes jururawat telah mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan jururawat tersebut.

“Amaran telah diberi kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat. Jururawat itu akan melalui tindakan tatatertib di bawah KKM,” katanya lagi.

Manakala dua lagi kes di PPV dekat Banting dan MITEC, Kuala Lumpur pula katanya adalah disebabkan kekeliruan petugas kesihatan apabila dos tambahan diberikan kepada penerima.

Pun begitu tegasnya, kadar kes yang dilaporkan akibat suntikan kosong ini sangat rendah kalau dibandingkan dengan 16 juta dos yang diberikan kepada rakyat ketika ini.

Beliau juga pada masa yang sama menyeru supaya semua rakyat terus beri semangat kepada frontliners kita yang telah bertungkus-lumus dalam perang melawan COVID 19 ini.

Harapnya tiadalah kes cucuk vaksin kosong ini kecoh di media sosial lagi. 

Baca: Orang Ramai Diminta Buat Laporan Polis Jika Ada Pusat Perubatan Swasta Kenakan Caj Untuk Cucuk Vaksin

Amaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.