fbpx
in

“Tiada istilah agungkan penjajah” – Muzium Perak Buka Mulut Selepas Terpalit Isu Bersihkan Kubur J.W.W. Birch

perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang hangat di pawagam menayangkan sebuah filem pendekar Melayu yang berjuang untuk melawan penjajah iaitu filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Antara penjajah yang dilawan adalah J.W.W Birch dimana pada ketika itu dia merupakan seorang residen British di Perak.

Inisiatif Lembaga Muzium Negeri Perak bersihkan kubur J.W.W. Birch


Baru-baru ini tular sebuah hantaran di laman Facebook rasmi Lembaga Muzium Negeri Perak mengenai inisiatif pihak muzium bergotong-royong membersihkan kubur mendiang J.W.W Birch pada 14 Julai yang lalu.

https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak/posts/pfbid02TxsknnsTSXLMCWWzDFvHgYNw935xeotqLHdxe82HVw63CoEyj4t9JG5x4Pf3LS7Pl

Mendapat pertikaian netizen yang dahsyat

Namun, hantaran tersebut mendapat banyak pertikaian oleh netizen yang mengatakan inisiatif tersebut tidak perlu dilakukan memandangkan mereka adalah penjajah yang telah merosakkan keharmonian Tanah Melayu pada ketika dulu.

Beberapa hantaran juga telah dimuatnaik di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak muzium yang membersihkan kubur penjajah yang dikatakan tak perlu didendang.

“Ni bukan sejarah yang perlu didendang dan diangkat sehingga perlu membersihkan kubur penjajah nenek moyang sendiri.”

https://www.facebook.com/hambali.idrus.94/posts/pfbid02yAHeZMnpji1FCuwgHct599PtBtSFHsLt7p6BhM2tJvaa52Z41KhpF9ThqvCNgoa6l

Turut juga mendapat perhatian isu ini adalah seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai PU Salman yang menegaskan hukum kerja membersihkan kubur bukan islam secara beramai-ramai.

Screenshot 2022 07 29 at 11.34.17 AM

Pihak muzium buka mulut, jawab persoalan netizen

Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee tampil mengulas berkenaan isu yang dibangkitkan di media sosial baru-baru ini. Menurutnya, kerja-kerja pembersihan kubur J.W.W. Birch itu sepatutnya tidak dijadikan isu atau kontrovesi.

Masyarakat seharusnya melihat kerja-kerja pembersihan tersebut melalui sudut positif lebih-lebih lagi tujuan utamanya adalah untuk memulihara tinggalan sejarah demi pengajaran bersama.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa masyarakat terkesan dengan isu ini kerana pengaruh filem Mat Kilau yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Orang kata semangat nak melawan penjajah tu ada!

“Sebenarnya tiada istilah hendak mengagungkan kubur atau tinggalan penjajah. Ia lebih kepada pedoman dan bukti sejarah negara.”

Kurang promosi terhadap tapak warisan lain

Nor Hisham juga berkata mungkin wujud kelemahan daripada pihak berkenaan dalam mempromosi tapak warisan lain yang turut dipulihara sebelum ini. Jadi, ramai masyarakat beranggapan pihak muzium hanya mengambil kisah tentang tinggalan penjajah sahaja.

Sedangkan pihak terbabit memang sentiasa melakukan pemantauan dan pemeliharaan semua warisan yang diwarta di negeri ini. Seperti makam Sultan, Istana,muzium serta Rumah Dato’ Maharaja Lela yang sudah dibaiki.”
Dia juga mengajak semua masyarakat untuk bersifat keterbukaan dalam usaha pemeliharaan warisan sejarah yang sedia ada tanpa mengira khazanah tempatan mahupun luar negara.
Screenshot 2022 07 29 at 11.52.52 AM

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top