in

“Tiada elemen paksaan” – Hafidz Roshdi Puas Hati Shuhada Tarik Balik Kes Pukul

Ft Hafidz Roshdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Hafidz Roshdi berpuas hati dengan keputusan bekas isterinya yang menarik semula kes pukul yang difailkan terhadapnya sebelum ini.


Hafidz berkata, dia dan Nurul Shuhada sudah bersetuju untuk berdamai dan membuat keputusan tersebut dibuat tanpa paksaan sesiapa.

Artikel berkaitan : “Tadi kat balai dah settle kan?” – Shuhada Pelik Hafidz Roshdi Masih Melenting Walaupun Dah Berdamai?

Artikel berkaitan : “Tak perlu makan, sekolah?” – Shuhada ‘Sound’ Hafidz Roshdi Di IG, Tak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ayah

“Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini. Tiada sebarang isu atau provokasi mana-mana pihak sebab kami setuju berdamai secara baik.”

Hafidz turut memberitahu kepada mStar bahawa dia kini sudah pulih daripada masalah kesihatan mental yang dihadapi sebelum ini.

Screenshot 2024 07 12 133820

Kata Hafidz lagi, dia juga tidak pernah terlepas menjalani rawatan susulan bagi memulihkan kembali tahap kesihatan mentalnya di Hospital Shah Alam.

“Alhamdulillah sekarang ini selalu minta nasihat doktor setiap bulan. Saya tidak pernah terlepas mendapatkan rawatan di hospital dan selalu kemaskini tahap kesihatan kepada doktor.”

Dalam perkembangan lain, mahkamah telah menetapkan 2 Ogos depan bagi mendengar semula laporan penarikan kes tersebut selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan merujuk kepada pengarah Pendakwaan Negeri Selangor.

Screenshot 2024 07 12 133726

Majistret Siti Fatimah Talib pula membenarkan pemintaan pihak pendakwaan untuk mendapatkan tempoh lanjutan selama 2 minggu bagi mendapatkan kenyataan tambahan daripada Shuhada berhubung penarikan kes.

Shuhada bagaimanapun, tidak hadir pada sebutan kes tersebut kerana mengalami masalah kesihatan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.