Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kesilapan beliau dalam mematuhi SOP ketika berkunjung ke sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.
Dalam perkongsian beliau di Facebook Najib Razak, beliau menawarkan dirinya untuk dikompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kedai berkenaan.
Tambah beliau lagi, kompaun itu akan dibayar dalam masa tujuh hari bagi mendapatkan diskaun separuh harga.
Beliau turut menegaskan tiada double standard dalam isu ini walaupun bergelar ahli parlimen.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-udang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, diskaun sebanyak 50% akan diberikan untuk pesalah yang dikompaun sekiranya pembayaran dijelaskan dalam tempoh tujuh hari dan 25% pada tempoh tujuh hari berikutnya.
Kompaun bernilai RM1,500 itu ditetapkan untuk kesalahan kategori ketiga iaitu kesalahan yang boleh menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.
Harap semua orang boleh berjaga-jaga lah ye, ikut SOP betul-betul kalau taknak kena saman. #KitaJagaKita
Baca: “Ikut budi bicara pihak berkuasa” – Kompaun Baharu Covid-19 Bermula Dari RM100 Hingga RM10,000