in

“Tiada apa yang saya fikir melainkan mati” – Jururawat Perak Dihantar Berbakti di Sabah, Namun Tak Sangka Diuji Positif COVID 19

Jururawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang jururawat yang sebelum ini bertugas di Klinik Kesihatan (KK) Sitiawan, Perak dengan sukarela telah dihantar untuk bertugas di KK Lahad Datu, Sabah demi membantu pasukan kesihatan di sana.


Jannah 1

Demi tuntutan tugas, wanita bernama Siti Nurjannah Abu Bakar, 36, ini sanggup tinggal berjauhan dari suami dan 5 orang anak mereka yang berusia dari 5 hingga 10 tahun di Seri Manjung, Perak.

Walau bagaimanapun, kecekalan wanita ini telah diuji apabila dia disahkan positif COVID 19 pada Ahad lalu selepas menjalani ujian calitan pada 13 Oktober lepas.

Tiada apa saya fikirkan selepas disahkan positif Covid-19, melainkan mati,” luah jururawat, Siti Nurjannah.

Disebabkan hal tersebut, Siti Nurjannah tidak boleh lagi berbakti dan dia terpaksa menjalani kuarantin di wad Hospital Lahad Datu bersama pesakit lain yang ditempatkan di situ.

121975131 2747853105356076 8675009334570063252 O

Berkongsi pengalamannya, jururawat ini berkata, dia mula bertugas di Lahad Datu pada 2 Oktober, iaitu sehari lepas tiba di Sabah.

 

Terkejut disahkan positif COVID 19 tetapi reda dengan ujian Allah 

Skop kerja Siti Nurjannah ialah membantu doktor dan pembantu melakukan saringan kesihatan menerusi ujian calitan kepada penduduk setempat terutama kawasan yang ada kes positif.

“Dalam sehari, saya bersama pasukan perubatan melakukan saringan terhadap kira-kira 1,000 penduduk.

“Seperti petugas lain, saya tidak terkecuali daripada mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Saya sudah mengambil semua langkah untuk melindungi diri termasuk kerap mencuci tangan, tetapi mungkin sudah ketentuan apabila dijangkiti Covid-19,” katanya.

121819094 2744903792317674 78457956892385993 O

Namun dia terkejut apabila disahkan positif COVID 19 tetapi reda dan menganggap ia adalah ujian daripadaNYA.

Malah Siti Nurjannah juga tak salahkan sesiapa kerana dia juga sudah bersedia dengan kemungkinan dijangkiti penyakit tersebut kerana tugasannya yang memang saban hari terdedah dengan individu dijangkiti wabak itu.

 

“Suami  menangis sebaik mengetahui keadaan saya” 

Tambah Siti Nurjannah lagi, orang pertama yang dia beritahu sebaik mengetahui keputusan ujian COVID 19 ialah suaminya.

“Orang pertama saya hubungi selepas disahkan positif Covid-19 adalah suami dan dia menangis sebaik mengetahui keadaan saya.

“Namun, dia kembali tenang selepas saya jelaskan kepadanya keadaan saya dan setiap hari menghubunginya menerusi WhatsApp dan panggilan video untuk bertanya khabar satu sama lain.

“Saya tidak pasti sama ada anak tahu atau tidak mengenai keadaan saya kerana mereka masih kecil, cuma saya bersyukur dapat tahu dijangkiti penyakit di sini, bukan selepas pulang ke sana. Sekurang-kurangnya, saya tidak mendedahkan suami dan anak dengan risiko penyakit ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Siti Nurjannah bersyukur kerana dia telah mendapat banyak sokongan rakan serta kata-kata semangat netizen selepas kisahnya viral di Facebook.

TQ ATAS SETIAP DOA YG KALIAN TITIPKAN PD KAMI YANG DIJANGKITI COV-19❤️❤️❤️SYUKUR,KAMI SEMAKIN SIHAT DAN CERIA??MOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEMUA?# KAMI SEDIA MEMBANTU??

Posted by Siti Nurjannah Abu Bakar on Selasa, 20 Oktober 2020

Marilah kita mendoakan semoga jururawat ini sembuh seperti sediakala. Semoga dia dapat berbakti semula untuk negara kita. 

Baca: “Sila PM saya no tel” – Walaupun Dah Banyak ‘Beban’ di Bahu, DG Hisham Tetap Respon Kepada Pesakit Covid-19 ‘Personally’

Covid 4

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.