Jika ditanya apa yang uniknya negara Malaysia ini, sudah pastinya terdetik dalam fikiran kita berkenaan masyarakat berbilang kaum yang hidup secara sejahtera. Kita semua dah macam adik beradik. Ada masanya berbaik, kadang-kadang bergaduh, lepas tu berbaik semula.
Namun, kita tidak akan terlepas dengan isu-isu stereotaip terhadap bangsa-bangsa lain. Bangsa itu dikata ada kelebihan di situ, bangsa ini disebut ada kekurangan di sini. Lama-lama ia berlarutan sampai kita terlupa yang kita semua sama sahaja.
Satu bangsa je yang suka membantu? Iya ke?
Baru-baru ini tular di laman Twitter berkenaan isu motosikal kehabisan minyak yang dikaitkan dengan isu bangsa.
"Dekat Malaysia, hanya orang Melayu je yang sudi tolong kau bila motor kau takde minyak, diorang yg sudi tolak motor kau, diorang yg turun dari kereta kalau kau accident."
Top comment with most likes. pic.twitter.com/S8PEtAzjNu
— Mag (@magmalaya) November 15, 2021
Menurut tangkap layar dari tweet pengguna @magmalaya itu, komen tersebut menjelaskan hanya mereka yang berbangsa Melayu saja yang sudi untuk membantu dalam keadaan motor kehabisan minyak. Mereka juga yang sudi menolak motor dan turun dari kereta jika sesiapa terlbat dalam kemalangan.
Komen asal dari tangkap layar itu ditulis dengan bahasa Mandarin dan diterjemahkan melalui ciapan lelaki tersebut.
Hati dan budi tidak mengenal bangsa
Sehubungan dengan itu, ruang komen pada tweet tersebut terus dibanjiri dengan komen-komen dari netizen yang menceritakan pengalaman sebaliknya.
Menurut pengalaman dari seorang pengguna Twitter, dia pernah diselamatkan oleh beberapa orang remaja berbangsa Cina dari terus lemas ketika mandi di air terjun.
Ada juga yang pernah mengalami kemalangan di lebuh raya Karak sebelum dibantu oleh orang awam berbilang bangsa. Alahai, heartwarming betul…
Selain itu, banyak lagi pengalaman lain yang boleh dibaca dari tweet tersebut. Cerita-cerita macam ni lah yang buat kita rasa bangga jadi rakyat Malaysia, kan?
See? Tengoklah contoh masyarakat kita ni, semuanya saling sayang-menyayang antara satu sama lain, kan?
Sumber: Twitter
Baca: [VIDEO] Sorang Melayu Sorang Cina, Tapi Sembang Dalam Bahasa Tamil, Terbaik Aunties!