in

“The real Myvi terbang!” – [VIDEO] Tony Fernandes Teruja Jumpa Myvi Bersayap Atas Jalan Raya

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang kereta, sudah pasti Perodua Myvi tidak lagi asing dari pengetahuan masyarakat kita. Nama Myvi sering kali timbul sekiranya terdapat cerita-cerita hangat di jalan raya, hingga menerima nama jolokan ‘king’ oleh pengguna kenderaan yang lain. Bukan kaleng-kaleng ni!

Mungkin sebelum ini kita pernah dengar cerita-cerita berkenaan Myvi ‘terbang’ di beberapa tempat, namun kali ini istilah tersebut tidak lagi dimaksudkan dalam nada sarkastik. Yang ini barulah Myvi terbang yang sebenar!


Baru-baru ini, tular di Tiktok milik Tony Fernandes berkenaan kereta Myvi yang ditambah aksesori sayap dan ekor kecil, menjadikan kenderaan tersebut menyerupai sebuah kapal terbang.

@tonyfernandesairasia

Use this sound when you spot #airasiaPlaneRide very funny reaction. Thanks man @mat.toop #airasiaRide @airasiasuperapp #airasiaehailing #aaRide

♬ airasia Plane Ride – Tony Fernandes

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, kereta tersebut dilihat berhenti di lampu isyarat sebelum ‘berlepas’, seperti yang disebut pemilik video itu.

Now everyone can fly. Myvi pun boleh fly”

Video tersebut tular di laman Tiktok dengan jumlah melebihi 800 ribu tontonan dan lebih 90 ribu like. Rata-rata netizen turut ikut berseloroh melihat ‘king’ Myvi kini ditambah sayap. Ada juga yang persoal bagaimana jika kereta itu betul-betul boleh terbang. Amboi, banyak tengok movie ya korang ni.

A D F G

Netizen turut meminta Tony Fernandes menjadikan kereta tersebut maskot bagi syarikat penerbangan miliknya. Bagus juga idea tu, kan?

J

Menarik, kan? Comel pulak Min tengok sayap-sayap kecik tu!

Baca: “Nasib dia terbang, kalau dia junam masuk parit…” – Lagi Insiden Myvi Terbang, Patutlah Dipanggil ‘King Of The Road’

H

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.