in

“The Mafia Queen” – Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’

Untitled Design 2022 05 18T173513.748

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Februari lepas, sebuah filem telah ditayangkan di Netflix dengan tajuk Gangubai Kathiawadi. Filem tersebut menduduki antara carta teratas di laman penstriman tersebut sejak beberapa minggu lepas.

Ia merupakan sebuah filem karya pengarah India tersohor Sanjay Leela Bhansali, beliau merupakan pengarah filem blockbuster lain seperti Devdas dan Bajirao Mastani.


Gangubai Kathiawadi menceritakan kisah perit seorang wanita yang diculik sebelum dijual untuk menjadi seorang pelacur di sebuah bandar kecil di India.

Apa yang menariknya, filem itu sebenarnya adalah olahan daripada kisah sebenar yang ditulis dalam sebuah buku berjudul The Mafia Queens of Mumbai karya Hussain Zaidi dan dalam buku itu kehidupan Ganga Harjeevandas Kathiawadi (nama sebenarnya) diperincikan dalam bab bertajuk The Matriarch of Kamathipura.

Dalam tulisan Hussain Zaidi, Ganga dibesarkan di kampung Kathiawad, Gujarat dalam keluarga peguam dan pendidik, malah mereka mempunyai hubungan dengan keluarga diraja Kathiawad. Keluarganya agak tegas tetapi amat menggalakkan anak gadisnya itu untuk belajar di peringkat tinggi, agak rare ya di waktu itu.

Mafia Queens Of Mumbai

Pun begitu, Ganga masih mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon yang terkenal di Mumbai.

Ditipu dan dijual suami sendiri

Jika dalam filem itu, Ganga diceritakan sedang bercinta dengan seorang lelaki bernama Ramnik yang telah menjualnya ke sebuah rumah pelacuran tetapi jika mengikut kisah sebenar Ganga sebenarnya telah kahwin lari dengan lelaki tersebut sebelum dijual, lelaki itu juga adalah seorang akauntan yang bekerja dengan bapanya.

Setelah beberapa hari bersama Ramnik, duit simpanan mereka semakin berkurangan lalu, lelaki itu mencadangkan Ganga tinggal bersama ibu saudaranya selama beberapa hari supaya dia boleh mengaturkan penginapan yang lebih murah.

Ganga bersetuju dengan aturan suaminya itu dan tanpa disedari dia tiba di Kamathipura dan di situlah dia sedar bahawa Ramnik telah menjualnya dengan harga Rs 500 (RM29).

Kemudian, dia mendapati dirinya berada di rumah pelacuran dan ketika beberapa hari pertama, dia kelaparan dan dipukul tanpa henti. Dia juga menyedari dia ‘tersekat’ dan tidak boleh kembali kepada keluarganya di Kathiawad kerana ia akan merosakkan reputasi mereka.

Add A Little Bit Of Body Text 5 1024X536 1
Ganga harjivandas kathiyawadi

Dia juga mencuba untuk membunuh diri tetapi perkara itu agak mustahil kerana dia sentiasa diawasi. Selepas dua minggu, Ganga akur dengan permintaan dan arahan penjaga rumah pelacurannya. Lalu, dia menggunakan nama ‘Gangu’ kerana dia mula bekerja dalam perniagaan perdagangan seks komersial.

Bertambah mahsyur selepas berjuang untuk dirinya

Dalam penulisan Hussain Zaidi, Gangu terkenal di kawasan itu kerana kemahirannya dalam perdagangan dan kemasyhuran ini akhirnya memaksanya untuk bertemu dengan seorang lelaki bernama Shaukat Khan yang merogol dan mencederakannya dua kali dalam masa beberapa minggu.

Insiden kedua menyebabkan Gangu terlantar di hospital selama beberapa minggu dan apabila dia menyedari bahawa tiada siapa yang dapat menyelamatkannya daripada perbuatan pelanggan yang kejam, dia pergi berjumpa bos perogolnya bernama Abdul Karim Khan yang merupakan ‘orang besar’ di kawasan itu.

599934 Kamathipura2
Kamathipura 2017

Gangu mendekatinya untuk mendapatkan bantuan dan setelah mendengar rayuannya, dia bersetuju untuk membantunya dan juga menerimanya sebagai ‘saudara’. Sekali lagi, Shaukat datang untuk merogol Gangu, dia menghantar berita kepada Karim dan diselamatkan.

Insiden ini menaikkan lagi reputasinya kerana Gangu kini mendapat sokongan seorang lelaki yang mempunyai hubungan kuat dengan kumpulan gangster di bandar itu, malah dia juga dapat ‘bekerja’ dengan polis tempatan disebabkan hubungan itu.

Gangubai, ‘Presiden’ Kamathipura

Tidak lama selepas itu, Gangubai Kathewali (gabungan perkataan ‘kothewali’ dan Kathiawadi), seperti yang dikenalinya sekarang, turut memenangi pilihan raya gharwali. Gharwalis ialah istilah tempatan yang digunakan untuk penjaga rumah pelacuran; Hussain Zaidi menjelaskan bahawa pekerja seks meningkat apabila mereka memenangi pilihan raya, dan juga mereka akan dapat memerintah sejumlah pekerja seks.

Gangubai merupakan seorang yang sangat lantang mengenai pengesahan pelacuran di bandar dan dalam persidangan wanita di Azad Maidan yang menyaksikan wanita daripada pelbagai NGO dan parti politik, dia telah mengemukakan cadangannya untuk pekerja seks.

‘Saya seorang gharwali (puan rumah pelacuran), dan bukan ghar todne wali (perosak rumah),’, katanya. 

Dalam persidangan itu juga, Gangubai berkata “kesucian, integriti dan moral” wanita lain masih selamat. Dia juga berkata bahawa Mumbai adalah lebih selamat kerana adanya Kamathipura. Segelintir wanita yang memenuhi nafsu lelaki inilah sebenarnya melindungi anda semua daripada diserang dan wanita-wanita ini membantu menumpulkan ‘kebinatangan’ lelaki katanya.

Sepanjang hidupnya, Gangubai meminta kesaksamaan untuk pekerja seks supaya mereka tidak didiskriminasi oleh masyarakat. Dia mengakhiri ucapannya dengan berkata,

“Kami semua menyimpan sekurang-kurangnya satu tandas di rumah kami supaya kami tidak membuang air besar dan kencing di bilik lain. Ini adalah sebab yang sama mengapa terdapat keperluan untuk rumah pelacuran di setiap bandar.” katanya. 

Hussain Zaidi menyebut bahawa tidak banyak yang diketahui tentang hari-hari terakhir Gangubai tetapi dikatakan dia meninggal dunia kerana usia tua antara 1975-1978.

Lain orang lain perang nya, kan?

Baca: “Goosebumps wei!” –  [VIDEO] Trailer Filem ‘Epik’ Mat Kilau Buat Netizen Tak Sabar Nak Tonton!

Untitled Design 2022 05 17T112458.958 1

Sumber: Wikipedia
Sumber: DNAindia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.