Jom kita kenal siapa sebenarnya Morino ni.
Nama panjang dia Marino Morikawa. Walaupun dia berbangsa Jepun, actually dia membesar kat Peru, Selatan Amerika.
Masa Morino tengah study kat Jepun, dia dapat tau yang tasik kat tempat dia membesar, Tasik El Cascajo tercemar kotor gila! So dia buat keputusan untuk kembali ke Peru semula lepas 20 tahun tak balik.
Tasiknya sangat busuk, dan daripada 150 hektar keluasan yang dikenang daripada zaman kanak-kanak dulu, tinggal 40 hektar je”
Pemegang PhD Sains Bioindustri itu menggunakan pengetahuan yang dia ada dalam mengawal kualiti air untuk mencipta teknologi baru yang boleh membantu dalam usahanya membersihkan El Cascajo.
“Marino telah membuat beberapa pinjaman bank serta mengeluarkan simpanan peribadinya untuk memulakan penyelidikan dimana ia nyata membuahkan hasil!”
Hasil kajian tersebut, dia telah mendapat idea sistem-nano berbuih di mana cecair mikro buih akan dituang ke tasik dan menggunakan biofilter. Biofilter seramik tu dia buat sendiri tau! Belajar kat kelas pembuatan tembikar.
“Masa mikro buih tu dalam perjalanan naik ke atas permukaan air, dia akan menarik virus dan bakteria-bakteria yang berdekatan macam magnet.”
Gambar bekas merupakan gambar sebelum (kiri) dan selepas (kanan) Marino letakkan serbuk mikro-buih tu.
Ni rupa serbuk mikro-buih tu.
Ni pula rupa biofilter yang dia guna.
Ambil masa 4 bulan untuk bersihkan keseluruhan tasik
Morino mengambil masa selama 6 bulan untuk menghasilkan teknologi ni manakala 4 bulan untuk bersihkan keseluruhan tasik. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
“Burung mula datang kembali ke El Cascajo dan 10 spesies ikan telah balik ke tasik”
Ini ada hasil penat lelah Saintis Marino bersendirian, bayangkan kalau ramai yang join berapa banyak tasik boleh diselamatkan.
Teknologi yang Marino cipta tu mahal tapi mesra alam sekitar, siap boleh makan lagi!
Selain berkesan, teknologi yang Marino cipta ni 100% organik.
Sekarang dia tengah dalam misi untuk bersihkan tasik paling besar kat Peru. Semoga berjaya tuan. Hebat kan kisah dia? Dahlah sorang je buat kerja!
Sumber : Brightside, Nasdaily
Baca : ‘Denda 500 ribu hingga 1 juta’ – Kilang Punca Pencemaran Air Bakal Dirobohkan!