Usahawan kosmetik, Joy Revfa telah mencetuskan kontroversi pada pertengahan tahun 2017 dengan kisah rumah tangganya bersama Hafiz Hamidun yang telah mendapat liputan media serta perhatian ramai.
Perbalahan yang berpanjangan antara pasangan ini akhirnya berakhir dengan penceraian. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan selepas Hafiz melafazkan cerai talak satu pada 25 Oktober lalu. Sejak itu, Joy mahupun Hafiz tidak lagi dibelenggu apa-apa kontroversi.

Namun, baru-baru ini nampaknya Joy telah memuat naik gambar dan kapsyen yang membuatkan netizen tertanya-tanya sekiranya Joy sudah move on sepenuhnya daripada bekas suaminya itu.
Joy telah memuat naik gambar sejambak bunga serta hadiah berjenama Cartier pemberian Mr. J. Tambahan pula, kapsyen gambar tersebut ala-ala seperti orang sedang dilamun cinta. Fuyoo siapa Mr. J tuuu!
Daripada awak selalu hantar pada saya benda ni, lebih baik awak hantar durian.. Durian lagi mahal dari bunga ni. Kenyang pun kenyang. Anyway thanks Mr J yang selalu sudi hantar roses ni ya. Sesusah je..”

Sungguhpun Joy masih belum membuat apa-apa kenyataan tentang siapakah Mr. J yang sebenarnya, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaannya kerana bertemu pengganti baru yang sekaligus menunjukkan bahawa dia telah move on daripada Hafiz.

Pun begitu, masih terdapat netizen yang enggan mempercayai kewujudan Mr J gara-gara Joy sebelum ini pernah mereka cerita kononnya bercinta dengan Tan Sri Abdul Ra’uf sebelum bernikah dengan Hafiz. Walau bagaimanapun, hasil siasatan netizen mendapati bahawa Tan Sri tersebut sebenarnya tidak wujud dan hanya rekaan Joy sendiri bagi membuatkan suami pertamanya cemburu. Betul ke?


Apa-apapun, Joy masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Netizen bolehlah bawa bersabar dan nantikan penjelasan Joy mengenai Mr. J.
Kita doa baik-baik je…